Tuesday 24 July 2012

Mahasiswiku Dalam Ramadhan


Assalamualaikum ..

Tajuk di atas rasanya kalian dah tahu yang saya ni seorang mahasiswi . Digelar seorang mahasiswi bukan mudah tau . Ada orang yang tak dapat masuk universiti dan terpaksa menyambung pengajian ke IPTS atau hanya bekerja saja lepas SPM . Maka , bersyukurlah jika kita bergelar mahasiswa atau mahasiswi . Baik , sekarang saya bukan nak cerita lebih lanjut tentang perkataan mahasiswa atau mahasiswi tu . Just take note , BERSYUKUR .

Okey , kehidupanku di Universiti dalam Ramadhan . Itu tajuk sebenar penceritaan dalam post ni . Aktiviti sebelum berbuka . Balik kelas pukul 5 petang , terus ke bilik solat asar . Lepas tu , pergi beli makanan dekat cafe . Jika bertujuan baik lagi , pergilah ke bazar dalam UniSZA ni je . Haa . Sebut pasal lauk , percaya tak saya keluarkan singgit atau dua ringgitt sahaja untuk beli lauk . Tolong percaya . Muka tunjuk simpati ni . Ekceli , saya kongsi lauk dengan sorang member ni . Dia keluar singgit , saya pun keluar singgit . Jimatkan ! Kiteorang buka puasa makan telur dadar belah dua dan sup tauhu beserta kicap sahaja . Kalau ada masalah dalam makanan tu , perut kiteorang akan sakit sama-sama . Haha . Kalau bangun sahur , pukul 5 pagi . Makan nasi yang saya tanak malam tu beserta lauk-pauk lebihan berbuka malam semalam .


Inilah secebis kisah pasal puasaku di UniSZA . Berjauhan dari keluarga membuatkan saya berfikir sejenak terhadap pengeluaran wang ibu dan ayah , skema pula ayat ni . Kalau di rumah , lauk pauk yang terhidang atas meja tu tak rasa pun mahal . Sedap je lalu kat atas jalan raya tekak ni kan . Mana ada perasaan macam ni bila mengadap lauk pauk kat rumah tu .


Okeylah , lain kali kita sharing-sharing lagi but not everything la ye . Hehe ~ 




Ni lauk first Ramadhan . Lepas tu terus taubat sebab mahal .
RM3 kot . Mahal kan ?



# Lepas ni , kami guna RM1 sahaja setiap seorang untuk beli lauk . Jimat membawa berkat !


Ibtisam Walau kana Murra . ^_^




Monday 23 July 2012

Ketika Cinta Bertasbih


Assalamualaikum 

Malam tadi tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih 
Yang diadaptasikan daripada sebuah novel iaitu novel Ketika Cinta Bertasbih 
ditulis oleh Habiburrahman El-Syirazy

Komen !

Maaf saya katakan..
Kalah kot cerita melayu yang konon-konon nak jadikan Islamik tu
Kata-kata dalam movie tu sangat-sangat terkena dengan hati

Kalau tengok cerita melayu sekarang ni
Yang jadi adik beradik seselambek cium mencium dahi
Sesuka hati salam tangan

Dalam sinetron ni
Tak nampak pula cium-cium tangan
Peluk-peluk walaupun sebagai adik beradik
Kalau dah adik beradik tak peluk cium
pastinya sebagai suami isteri pun tak ada peluk cium

Kalau ada yang nampak diorang peluk cium
Tolong informkan kepada saya
Kot-kot silap pandang pula

Saya suka perbatasan lakonan yang pengarah indonesia ni buat
Syabas kepada penulis novel dan pengarah sinetron ni !

Kalaulah pengarah Malaysia sebegitu

Tak nak cerita panjang
Yang dah besar pun ada yang tak pandai nak fikir panjang
Parah juga tu kan

Cuba readers tengok KCB 1 dan 2
 dan bandingkan dengan cerita Islamik buatan Malaysia
Serius ! Tak boleh kalah punya

Okey , Ibtisam Walaukana Murra .. ^^








Friday 20 July 2012

Allah Pertemukan Kita


Assalamualaikum

Haa .. sebelum tu , jangan fikir lain tentang tajuk di atas nun .
Hee . Ekceli , nak cerita yang Allah sudah pun pertemukan saya dengan ahli-ahli USRAH di UniSZA ini 
Alhamdulillah . Usrah adalah salah satu sunnah Nabi kita tau . 

Baru-baru ni , kami ada buat usrah di tepi Pantai Tok Jembal , Terengganu .
Pengisiannya tentang bulan Ramadhan .
Banyak manfaat yang dapat daripada fikrah orang yang hebat ni .
Pengisian dibuat oleh ustazah Nor Salimah .
Beliau salah seorang pensyarah di UniSZA juga .

Sebenarnya , usrah untuk diri kita amatlah penting untuk memberi "makan" kepada rohani kita
selain daripada solat 5 waktu sehari semalam itu .
Dalamnya , kita dapat berkongsi pelbagai ilmu yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah .



Tengah menunggu sambil tu berkongsi-kongsi 
ilmu untuk jawab forum bahasa arab


Subahanallah , cantik pemandangan lautNYA .


Mulakan usrah dengan bacaan ma'thurat .


Ustazah Nor Salimah


Seusai majlis ilmu , kami bergambar kenangan 

Terima Kasih kepada Allah kerana pertemukan kami dalam medan dakwah . 


Imam al-Syafi'i :
"Mengembaralah dengan meninggalkan negeri-negerimu untuk mencari kemuliaan. dan bermusafirlah kerana terdapat lima faedah bermusafir iaitu menghilangkan kedukaan , mencari rezeki , faedah ilmu , faedah adab dan menemani orang yang mulia.."

Ramadhan Kareem .. !!


السلام عليكم ورحمة الله وباركاته

Alhamdulillah , berkesempatan juga buat saya untuk mencoretkan sesuatu di dalam blog ini .
Memandangkan Ramadhan bakal tiba dalam beberapa jam ini ,
ingin saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan .
Jadikan bulan Ramadhan ini sebagai bonus pahala untuk kita .
Lalui mujahadah Ramadhan ini dengan memperbanyakkan amalan-amalan yang bermanfaat
buat bekalan kita untuk di akhirat kelak .
InsyaAllah . Semoga dipermudahkan . 



Friday 6 July 2012

Apabila Fitrah Datang Menerpa


  Aku adalah seorang wanita
Penuh dengan perasaan kurniaan Ilahi
Penuh dengan cinta
Penuh dengan sebuah harapan

Tentunya apabila mengenali seorang yang bernama ikhwah
Apatah lagi yang masih belum berpunya
Hebat pula dimata dakwah
Gah dalam berkata-kata
Hebat dalam penulisannya
Itu sudah cukup untuk menarik perhatianku

Tetapi fitrah ini perlu disusun dan dijaga
Disusun dengan keimanan
Dijaga dengan ketaqwaan kepada Ilahi
Aku tidak mahu syaitan menghasuti fitrah ini kearah keburukan
Mujur lembaran wahyu menunjuk cara

Aku tidak mahu dianggap manusia yang mudah tergoda
Hati ini aku pegang erat dengan istigfar
Agar ia tidak mudah cair dengan perkara-perkara yang melalaikan cintaku kepada Allah

Sedarlah Wahai Hati!!

Hebatnya bukan pada kepetahan dan penulisannya
Tetapi pada juzuk kehidupannya
Dia adalah muslimin cerminan Al-Quran
Lambang seorang muslim yang lengkap dengan muwasafat tarbiyahnya

Aku seorang wanita seperti kalian yang punya fitrah untuk dirasai

Aku yang hanya bisa meletakkan harapan
Dan ku gencarkan doa kepada Ilahi
Memohon hadirkan pendamping diri 
Untuk mendekatkan lagi kepada Ilahi

Tidak salah berharap apatah lagi berusaha ingin mendapatkannya
Cuma jangan jadikan harapan itu yang melarutkan diri kita pada sebuah mimpi yang melekakan

Yakini janji Allah ini,

“Dari Ibnu Abbas RA, berkata: Pada suatu hari aku berada di belakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada di hadapan kamu, dan jika engkau memohon maka mohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.

(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)”

Namun sedarlah wahai hati

Yakinlah bahawa Allah tidak akan abaikan kita
Asalkan kita benar-benar menjaga dan memperjuangkan agamaNYA

Kita jaga hak Allah dan Allah akan menjaga hak kita

Moga selepas ini kita lebih fokus dijalan dakwah
Lebih banyak menangis dalam keinsafan
Lebih banyak berdoa dalam amalan soleh
Lebih banyak bergantung kepada Maha Selayaknya
Jodohnya mu akan dinilai olehNYA

Memang susah jika kita memilih untuk bermujahadah
Tetapi diakhir jalan nanti Allah akan beri kemanisan yang tidak terhingga kepada kita
Kerana inilah JALAN MUJAHADAH
Kita sudah memilihnya, maka teruskan melaluinya

Allah ajarkan kita mencintainya dan kekasihnya Nabi Muhammad SAW
Allah juga mengajar kita mencintai dakwahNYA
Dengan izinNYA, masa itu akan tiba

Bila masa itu hadir kita boleh mencintai pasangan kita itu hanya kerana DIA

Semoga Allah Redha..