Friday 24 August 2012

Raya Sakan


Assalamualaikum , pembuka bicara .

Alhamdulillah , setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Ilahi . Dengan kurnian dua nikmat yang diberikan iaitu nikmat Islam dan Iman . Kata-kata pendahuluan ni selalu saya dengar masa zaman persekolahan dulu . Masa pentazkirah nak mulakan tazkirahnya . Selalu dengarkan , comfirm tak lupa .

Okey , masuk tajuk utama Raya Sakan , mestilah mood raya kan . Pejam celik pejam celik dah masuk Syawal . Alhamdulillah . Tahun ni saya tetap sambut syawal dengan keluarga di kampung walaupun ketiadaan Wan yang baru saja meninggal dalam bulan Ramadhan baru-baru ni . Alfatihah .

Cerita pasal raya dengan kawan-kawan , itu perkara wajib bila kita bersahabat , kan ! Semalam , kami adakan rombongan ziarah-menziarahi dengan niat silaturrahim . Sahabat-sahabat saya yang lain dah jalan-jalan awal pagi tu tapi saya join tengahari sebab saya dengan keluarga bercuti di Port Dickson . Kan bagus tu . Orang beraya , kita sekeluarga bercuti-cuti Malaysia . Cover malu sikit . Kami naik kereta yang dipandu oleh Faizah . Untung ada orang yang berlesen ni .

Saya bukan nak bicara belaka . Biarkan gambar lebihkan berkata . Nampak sangat malas nak menaip , kan ! 


Jemput makan !

Vroom ! Sila sediakan syahadah sebelum jadi pembonceng
beliau . hehehe . ^^


Sesat sudah ..

Ni kat rumah Hidayah Zainon si tudung merah tu .

Dapat duit laya maa ..

Bersedia nak ke ruma terakhir iaitu Faizah

On The Way ..

Itu pemandu berkaliber kami !

Nak balik dah .. ~_~'

Auchak !






Panjang umur kita bertemu lagi .

Ibtisam walaukana murra .. ~


Friday 3 August 2012

Mendapat Pengiktirafan


Assalamualaikum ,

Alhamdulillah , hari ini sudah pun 14 Ramadhan 1433H bersamaan 3 Ogos 2012 . Kita sudah pun berada di fasa kedua iaitu fasa maghfirah . Maka , perbanyakkanlah istighfar memohon keampunan ya .

Okey , yang atas tadi tu pendahuluan sebelum masuknya cerita yang sebenar "Mendapat Pengiktirafan" . Hehe , tajuk nak yang gempak je . Ini paling semangat saya nak post tau . Bagi sahabat se"ahmadians" , tolong jangan cemburu . Peace No Baloh !

Semalam , saya merantau ke rumah seorang sahabat saya , Yasirah binti Abdul Hamid di Kampung Nyiur . Dia nilah satu-satunya sahabat Maahad Ahmadi kiteorang yang tinggal nun jauh di Terengganu . Entah macam mana duduk Terengganu , sekolahnya di Negeri Sembilan . Yang kiteorang dapat pergi rumah dia pun sebab saya dan beberapa sahabat yang lain belajar dekat UniSZA . So , bolehlah kan . Hee~

Kiteorang pergi rumah dia naik kereta sewa yang didrive oleh kawan dari maahad ahmadi kiteorang sendiri Hanis Hafiq , boleh kenal dia sebagai drogba dan assistantnya iaitu Helmi si tukang memberitahu ada kereta ke tak kat depan tu , dan kerja2 yang layak dilakukan oleh assistan tersebut . Yang juga disertai oleh datin-datin vok iaitu saya , Nurul Shahirah , dan Siti (bukan sahabat dari Ahmadians tetapi sahabat dari UniSZA) .

Kiteorang bertolak pukul 5.30 . Sebab masing-masing habis kelas pukul 4 . Gerak pun lepas asar . On the way , nak ke rumah Yasirah , kiteorang tak sempat berbuka puasa di rumahnya , tetapi sempat makan dan makan di rumahnya . Kiteorang buka puasa dalam kereta je tau . Dengan rasa beruntung sikit kerana bawak spare kurma buat juadah berbuka , makanlah sebiji setiap sorang . Pukul 8 lebih baru sampai rumah Yasirah . Sebab dicampur dengan sesat lagi . Padahal rumah dia tepi jalan je , tapi corok ke dalam sikit .

Sampai rumah dia , makanan terus dah terhidang . Sambalnya , tempoyaknya , pizzanya . Huh ! Banyak lagi kot . Merangkap assistant paling lapar berbanding drivernya . Okey , roll on to the picca lah !


Muka-muka orang pertama yang jejak rumah Yasirah di Terengganu 

Assistant (berbaju melayu biru) dan driver kami (berkopiah)
:: bukan lakonan , hehe ::


Sebelum balik dapat pula makan ice-cream 




Tengok yang kecik tu , Yasirah 


Dengan ini , kami diiktirafkan sebagai sahabatnya yang pertama datang ke rumah . Free2 dapat tau . Konvoi dari satu Ahmadians bila ? hehe ..

:: Ibtisam walau kana murra ::