Thursday 27 December 2012

You Are 18+++ Years Old , Be Matured Laa !!~


Assalamualaikum semuanya !

Ekceli , jam sekarang menunjukkan 12.39am. Tak tahulah kenapa hati , tangan dan mata 
yang agak kuyu kini celik tergerak untuk update blog yang agak tergendala ini.
Okey, saya nak masuk isu sikit dan mungkin pendapat saya sendiri.

Tajuk title tu saya dapat daripada mulut sahabat saya kebetulan ketika itu saya
sedang menonton cerita Snow White. Pengumuman, tajuk itu saya renovate sikit 
supaya nampak macam "double WOW" gi tu! Oh, pengaruh Indon punya pasal.

Sekarang!
 Tanya pada diri anda, apa kena mengena post saya kali ini dengan Al-Kisah Snow White?
Dah tanya kan?

Macam ini isunya, masa saya tengah syok tengok cerita Snow White, tiba-tiba ada sahabat tegur gini,
"Ya Salam, tolonglah matured sikit. Macam budak-budak la tengok cerita kartun ni. TAK MATANG!"



Okey, kita fokuskan kepada perkataan TAK MATANG tu.

Apa sebenarnya MATANG ni? 
Bagi lelaki matang mereka selepas khatan, kalau macam itu perempuan kena matang dari baby lagi la? 
Yela, sebab perempuan khatan masa baby lagi.
Kadang-kala, orang nak berfantasi juga. Tapi, tak ada la teruk sangat sampai tak sedar kaki memijak bumi.
Now, kalian boleh check dalam kamus dewan apa itu MATANG. Sekarang saya tak ada kamus dewan.
Dan saya tak buka Wikipedia. Tolong tengokkan, then komen pada post ni pasal matang. =__=

Tentang ini, saya ada pendapat tersendiri bila kita perlu bertindak matang.
Pada pendapat saya.... 
Macam jawab soalan kertas Bahasa Melayu SPM la pulak.

Pada pendapat saya, 
MATANG ini ada pada cara kita berfikir dan bertindak!
okeey , saya repeat.
 BERFIKIR DAN BERTINDAK.
Bukan tengok cerita kartun je , kita dicop TAK MATANG okeh ?



Kalau ada orang cakap macam ini pada korang, senyum kambing je la kat mereka.
Okey , sampai sini saja.




^_^ wasalam ..

Friday 7 December 2012

Anugerah Kerajaan Langit


Assalamualaikum , 

Dengan ini, pada tarikh 06 Disember 2012 bersamaan 22 Muharam 1434H 
saya sudah pun dinobatkan sebagai MAK CIK!
Ekceli, tak mau anak-anak buah nanti panggil MAK cik.
Macam tak comel pulak. Amik! Nak glemer sangat.

Hurm , bukan glemer sangat pun. Cuma lain dan biasa saja.
I want my "Fruit Daughter" call me UMMI SHAA.
Can I? KEKE. Ngengada ke? Ok je kan. ^_^v

Baiklah , alhamdulillah, dan itulah yang dinamakan sebagai 
Anugerah Kerajaan Langit yang sentiasa Janji Ditepati.
Ok, I am not politican. But, I talked about a fact.

My Fruit Daughter is a cute baby girl.
She is my second brother's daughter. FIRST!

Try speaking London pulak dah.
HEHEHE.

Mengikut kisah ibu, sepatutnya baby ni lahir hujung bulan,
tapi terpaksa dikeluarkan segera sebab baby dah matang dan karung baby tu dah tak muat.
Memanglah karung baby tak muat, maknya kecik molek. HUHU.
So, doktor jalankan kerjanya macam-macamlah kan,
Masukkan air mula dari petang semalam. Target baby keluar malam kelmarin.
Tapi, penentuan segala-galanya ada pada Allah.

Sampai sakit kak ngah dibuatnya. Ibu cerita pun saya dah terasa perit.
Tidak mudah untuk bersalin , dan ada juga orang bersalin yang dimudahkan Allah.

Tapi, kata ibu. Masa itulah kafarah dosa kita.
Ibu lahirkan 7 orang, perit macam mana pun. Ibu kena jalani juga.
Sebab tujuh-tujuh tu Hadiah Allah.

HUHU. Terharu ceq!

And Tara !!
This is my "Fruit Daughter",
SITI MUNAWWARAH BINTI MOHD. NOR FAHMI.



Ayah kata, baby putih dan berambut perang
sebijik macam angah Pami(ayah kepada baby).

Apa-apa pun , TERIMA KASIH YA ALLAH!
Semoga menjadi anak dan muslimah solehah kebanggaan Nabi suatu hari nanti, ya sayang.

Wallahu3alam. ^_^V