Ku mulai dengan lafaz
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ku jadikan
Lafaz pembuka bicara
Bukan nak berpuitis ni =) . Bukan nak berpantun mahupun bersajak . Cuma nak mencari perumpamaan dalam kehidupan seorang ibu dan ayahku yang bertungkus lumus dalam mencari rezeki Allah dengan ulang-alik dari satu negeri ke negeri lain . Membuatkan saya sedar akan sesuatu perkara . Ibuku seorang yang bekerja sebagai ejen jualan testimoni SNE yakni produk kesihatan . Perkerjaan beliau ini kadang-kadang memerlukan khidmat untuk menemui downline di merata-rata tempat , ada di Johor , Terengganu , Melaka dan mungkin di seluruh negeri yang perlukan khidmatnya dalam penjualan produk yang berkesan dengan izinNYA ini . Tidak kira hari dan masa mahupun cuti sekolah dan hujung minggu , ada saja urusannya .
Dulu , saya yang kurang memahami kerjaya ibu dan sering merungut kerana ibu sentiasa tiada di rumah . Jika mahu berjalan-jalan pasti ibu tiada . Itu menyedihkanku sebenarnya . Ibuku kadang-kala lewat pulang ke rumah tatkala kami adik-beradik sudahpun tidur . Hati kecil ada juga berkata ingin saja suruh ibu berhenti buat kerja itu . Tetapi , apabila kehidupan saya di universiti bermula , digelar pula sebagai student dakwah menambahkan lagi kesedaranku tentang pekerjaan ibu . Setelah saya mempelajari dugaan , cabaran dan pengorbanan dalam ilmu dakwah , saya menganggap kerja ibu itu adalah kerja DAKWAH yang memerlukan khidmatnya untuk merawat sakit umat Nabi SAW . Menjalankan dakwah perlukan pengorbanan iaitu meninggalkan keluarga demi umat Islam . Umat Islam mesti jaga kesihatan untuk menjadi Muslim yang kuat beribadah kepada Allah .
Ya ! Saya katakan perkerjaan ibu ini adalah cabang dakwah kerana ibu ingin berkongsi bahawa ada ciptaan Allah yang boleh merawat penyakit yang dihadapi oleh hambaNYA kecuali mati . Saya pernah berkata kepada ibu , "Ibu ni asyik keluar saja , tak ada masa langsung untuk kitaorang pergi jalan-jalan bersama." Ibu kata , "Ibu buat ni untuk masa depan anak-anak ibu juga , bukan untuk ibu seorang . Ibu tak ada nanti , sekurang-kurangnya anak-anak ibu ada kesenangan sikit ." Tidak terlawan kataku kepada ibu . Itu pengorbanan ibu . Ayahku juga menjalankan jualan produk kesihatan itu , tapi hanya lebih masa di rumah saja kerana ayah seorang tukang urut . Kadang-kadang ku melihat kembang di jarinya kerana mengurut . Saya paling sedih tatkala mendengar ayah batuk , selsema dan hanya duduk dan baring . Semoga Allah memberkahimu , ayah ibu .
Buat ayah dan ibu ,
Hari ini aku perlahan-lahan memahami pekerjaan kalian . Siang malam kalian berjaga kerana pekerjaan itu . Pengorbanan kalian sangat kami hargai . Terima Kasih , ibu ayah .
Mereka kecintaanku .. |
~ Ibtisam walaukana Murra ~
Wassalam
No comments:
Post a Comment