Saturday, 29 June 2013

Tulang belakang, Si Pemberi Dorongan.



Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Rasanya inilah kali pertama post yang aku mulakan dengan basmallah. Itu pun setelah aku mula terkesan dengan kalam seorang sahabatku, "Segala apa pekerjaan yang kita lakukan, mulakanlah dengan Basmallah. Boleh jadi basmalah itu menjadi penyelamat kita diakhirat kelak.

Alhamdulillah, sedang aku menulis post kali ini, aku sudahpun berada dalam semester 3. Hari ni, dah masuk minggu yang ke-3 aku di UniSZA. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi. 

Aku mula memperbaharui niatku sebagai seorang pelajar jurusan dakwah. Melihat kembali kerja-kerja tarbiyah dan dakwahku di semester 1 dan 2, aku ingin sekali memperbaikinya di semester 3 kali ini. Memandangkan aku mempunyai jawatan sebagai exco sukan dan tarbiyah dalam satu organisasi di bawah Persatuan Dakwah, diri ini terasa dipanggil untuk terus berjalan di dalam medan dakwah. 

"Meniti jalan dakwah. Biar lelah, asalkan tidak mengaku kalah."

Ya, itulah kata-kata yang sering aku ungkapkan tatkala diri ingin terjatuh dari landasan dakwah ini. Sejujurnya, aku manusia biasa yang bisa jatuh dan bangun. Bangun aku tatkala ada "tulang belakang" yang datang menghulurkan tangan. 

"Alaaaa. Takkanlah tak boleh bangun sendiri. Kata budak dakwah." 

Mungkin akan ada kata-kata ini yang akan disuarakan dari mulut manusia yang hanya melihat dari segi fizikal seorang pendakwah, sedangkan batin seorang pendakwah itu memerlukan sokongan dan dorongan. Sememangnya, Rasulullah SAW sendiri punya tulang belakang tatkala Baginda menerima wahyu yang pertama. Tulang belakang(Saidatina Khadijah) itulah yang sering menemani dan menasihati Baginda tatkala Baginda lemah tidak berdaya menjalani titian dakwah dan menyampaikan wahyu yang diamanahkan Allah. Setelah itu, barulah baginda berdiri semula dengan gagah meneruskan perjalanan dalam medan dakwah.

Begitu juga aku, dan kalian yang memerlukan dorongan dalam menjalani kehidupan ini. Justeru itu, aku sebagai hamba yang lemah dan hina, sangat memerlukan nasihat dan dorongan dari kalian yang bergelar sahabat. Aku sangat memerlukan "itu" tatkala aku jatuh dan boleh jadi aku bisa jauh meninggalkan lapangan dakwah ini tanpa aku sedari. Bantu aku sahabat. Bantu aku jika aku mula kelihatan lemah dalam menyambung wasilah Rasulullah SAW ini.





Tiada tutur kata yang dapat aku ungkapkan, melainkan nasihat seorang sahabat yang mengingatkan aku tentang kalam Saidina Ali RA yang berbunyi, 

"Hati yang bersih ibarat Nur yang memancar, dimiliki oleh insan yang benar-benar meletakkan Allah dihadapan, malaikat di kiri dan kanan, matlamat Islam disekelilingnya. Hati yang Allah kasihi ialah hati yang paling lembut terhadap saudaranya, paling bersih dalam keyakinannya dan paling cekal dalm beragama"

Nota kaki : Semoga Allah redha dengan perjalanan kehidupan kita di dunia dalam melewati perjalanan menuju akhirat. Ameen.

No comments:

Post a comment