Saturday 29 June 2013

Tulang belakang, Si Pemberi Dorongan.



Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

Rasanya inilah kali pertama post yang aku mulakan dengan basmallah. Itu pun setelah aku mula terkesan dengan kalam seorang sahabatku, "Segala apa pekerjaan yang kita lakukan, mulakanlah dengan Basmallah. Boleh jadi basmalah itu menjadi penyelamat kita diakhirat kelak.

Alhamdulillah, sedang aku menulis post kali ini, aku sudahpun berada dalam semester 3. Hari ni, dah masuk minggu yang ke-3 aku di UniSZA. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi. 

Aku mula memperbaharui niatku sebagai seorang pelajar jurusan dakwah. Melihat kembali kerja-kerja tarbiyah dan dakwahku di semester 1 dan 2, aku ingin sekali memperbaikinya di semester 3 kali ini. Memandangkan aku mempunyai jawatan sebagai exco sukan dan tarbiyah dalam satu organisasi di bawah Persatuan Dakwah, diri ini terasa dipanggil untuk terus berjalan di dalam medan dakwah. 

"Meniti jalan dakwah. Biar lelah, asalkan tidak mengaku kalah."

Ya, itulah kata-kata yang sering aku ungkapkan tatkala diri ingin terjatuh dari landasan dakwah ini. Sejujurnya, aku manusia biasa yang bisa jatuh dan bangun. Bangun aku tatkala ada "tulang belakang" yang datang menghulurkan tangan. 

"Alaaaa. Takkanlah tak boleh bangun sendiri. Kata budak dakwah." 

Mungkin akan ada kata-kata ini yang akan disuarakan dari mulut manusia yang hanya melihat dari segi fizikal seorang pendakwah, sedangkan batin seorang pendakwah itu memerlukan sokongan dan dorongan. Sememangnya, Rasulullah SAW sendiri punya tulang belakang tatkala Baginda menerima wahyu yang pertama. Tulang belakang(Saidatina Khadijah) itulah yang sering menemani dan menasihati Baginda tatkala Baginda lemah tidak berdaya menjalani titian dakwah dan menyampaikan wahyu yang diamanahkan Allah. Setelah itu, barulah baginda berdiri semula dengan gagah meneruskan perjalanan dalam medan dakwah.

Begitu juga aku, dan kalian yang memerlukan dorongan dalam menjalani kehidupan ini. Justeru itu, aku sebagai hamba yang lemah dan hina, sangat memerlukan nasihat dan dorongan dari kalian yang bergelar sahabat. Aku sangat memerlukan "itu" tatkala aku jatuh dan boleh jadi aku bisa jauh meninggalkan lapangan dakwah ini tanpa aku sedari. Bantu aku sahabat. Bantu aku jika aku mula kelihatan lemah dalam menyambung wasilah Rasulullah SAW ini.





Tiada tutur kata yang dapat aku ungkapkan, melainkan nasihat seorang sahabat yang mengingatkan aku tentang kalam Saidina Ali RA yang berbunyi, 

"Hati yang bersih ibarat Nur yang memancar, dimiliki oleh insan yang benar-benar meletakkan Allah dihadapan, malaikat di kiri dan kanan, matlamat Islam disekelilingnya. Hati yang Allah kasihi ialah hati yang paling lembut terhadap saudaranya, paling bersih dalam keyakinannya dan paling cekal dalm beragama"

Nota kaki : Semoga Allah redha dengan perjalanan kehidupan kita di dunia dalam melewati perjalanan menuju akhirat. Ameen.

Thursday 14 March 2013

Mutiara Buat Muslimah



Walaupun kita akhawat macam singa,
Walaupun kita bekerja seolah-olah tiada siang dan malamnya,
Dan seolah-olah dunia ini ibarat tiada apanya,
Melainkan dakwah, dakwah, dan dakwah,
Dan yang pasti dakwah kerana Allah.~

Namun,
Kita tetap seorang manusia,
Kita tetap seorang wanita.

Wanita yang mahu dsayangi,
Dibelai
Dicintai
dan dihargai selalu..

Samada oleh rakan-rakannya
Apatah lagi seorang insan istimewa
bergelar suami.

Walaupun ramai melihat kita gagah
Atau seolah-olah tidak punyai perasaan
atau nampak seolah-olah tidak ambil kisah,

Kita tetap seorang wanita,
penuh dengan perasaan
penuh dengan cinta
penuh dengan sebuah harapan

Dan tentunya saat kita mengenali yang bernama ikhwah,
apatah lagi yang belum berpunya
hebat pula di mata dunia dakwah
Gah dalam berkata-kata
mahupun hebat dalam amal serta penulisannya

Kita pasti akan memasang harapan
kita pasti akan memasang impian
kita pasti akan bermimpi akannya
dan berharap sangat-sangat
agar kita dapat menjadi sayap kiri kepada perjuangannya

kerana kita masih seorang wanita,
sekuat mana pun kita
fitrah kita pasti tetap bersuara
dan kita tetap mahukan

yang menjadi pendamping hidup kita
adalah yang terbaik buat kita

Lelaki yang soleh
dan pastinya seorang Abnaul Harakah!

Harganya seolah-olah mahal sekali!
Kerana begitu kurangnya ikhwah di luar sana!

Kerana itu, tidak hairan ada yang berkata,

"Ana memang tak layak dengan muslimin kita, biarlah dengan orang luar je."

Title Abnaul Harakah itu terkadang amat mahal pula rasanya.

Sedangkan seorang ikhwah itu
Hanyalah seorang manusia jua
hanya seorang manusia

Ramai yang berkata,

' Tak kisahlah, asalkan ikhwah kita, iAllah yakin akan istiqamah dalam dakwah ini '


SEDARLAH!!!!!!

Kita takkan kenal betul-betul seseorang itu sehingga kita berkahwin dengannya.

Walaupun sangat cair hati melihat kesegakan dia, mahupun kelajuan dalam dakwahnya, mahupun kepetahan dalam butir bicaranya, apatah lagi tulisannya yang gempak gempita, TETAPI yakinlah bahwa mereka itu tetap seorang manusia.

Seperti kita juga, seorang manusia
yang penuh dengan kelemahan

Jangan letakkan harapan yang menggunung tinggi.
Jangan harap kita akan kuat berkahwin dengan sesama Abnaul Harakah
kerana berkahwin dengan ikhwah itu bukanlah tiket menguatkan diri!

kerana masing-masing perlu super duper hebat
kenal diri sendiri dalam arena dakwah
mempunyai kemahuan dakwah yang serasi
dan itulah yang mensinergikan dakwah

Bagaimana mujtama' muslim bakal terbina
jika baitul dakwah yang dibina
goyah dan tidak kukuh

Hebat itu bukan pada KEPETAHAN berkata atau KEMANTAPAN tulisannya

Tetapi pada setiap juzuk kehidupannya, walau dia mungkin biasa di pandangan manusia

Luar biasa di pandangan Allah. Seluruh kehidupan dia adalah cerminan Al-Quran. Lambang seorang muslim yang lengkap muwasafat  tarbiyyahnya.

Walaupun dia tak dikenali dan tak ada orang tahu tentangnya.


Dan aku tahu perasaanmu
kerana aku juga seorang perempuan

Aku tahu perasaan kalian,

Siapa tak nak suami seorang Abanul Harakah?
Yang terjaga solat 5 waktunya
Dakwah adalah kehidupannya
Islam cara hidupnya

Terbaik serba serbi
Apatah lagi yang tahu tanggungjawab seorang suami....

Siapa yang tak nak?

Tetapi, bersama kita benar-benar fahami hakikat ini.

Jodoh itu rahsia Allah
Ianya itu ketentuan Allah
Ianya juga rezeki dari Allah

Kita boleh jadi orang yang paling hebat dalam dakwah, tapi mungkin berkahwin dengan orang biasa/bukan Abnaul Harakah..

atau kita boleh jadi orang yang paling biasa sahaja dalam dakwah, tapi berkahwin dengan Abanul Harakah yang hebat...

Kerana Jodoh ini benar-benar rahsia Allah..

Ianya juga adalah ujian dari Allah..
Kita tak tahu siapa yang terbaik buat kita.

Dan kita tak tahu,
Mungkin jodoh kita di dunia
ataupun di akhirat nanti..

Tidak salah berharap apatah lagi berusaha untuk mendapatkannya.

Cuma, jangan jadikan harapan kita untuk berkahwin dengan seorang Abanul Harakah itu, melarutkan diri kita pada sebuah mimpi-mimpi, yang melekakan kita..

Sedangkan, walaupun dia seorang Abnaul Harakah, mungkin dia bukanlah orang yang terbaik untuk kita

Kerana, ALLAH, nak kita betul-betul menyediakan diri kita sebagai seorang isteri, walaupun dengan siapapun kita berkahwin..

Kerana di jalan dakwah kita bernikah, kerana Allah bukan sesiapa..


Kahwin dengan Abnaul harakah pun ada ujiannya. Banyak perkara yang kita nampak ideal sebelum kahwin. Rupanya selepas kahwin, amat sukar dilaksanakan...

Begitu juga jika berkahwin dengan yang bukan ikhwah, ada juga ujian tetapi lain pula ujiannya.

Rasa dah ready nak menjadi pendamping seorang lelaki?
Betul dah ready?
Betul ni?

Ready dengan segala aspek, ready dengan kesabaran, ready dengan tawakkal, ready dengan niat yang benar, berkahwin sebab dakwah, ready dengan menerima segala kekurangannya..

Jodoh ini, benar-benar kerja Allah..

Kita harus berusaha, berdoa dan bertawakkal sepenuhnya kepada Allah.

Dan saat kita telah berusaha, melebih kebiasaan seorang wanita biasa
Namun tetap tidak berjaya
Kita harus redha dan pasrah menerima
Takdir Allah itu ada nilaiannya..

Janji Allah itu benar!

Tak perlu kita bermimpi untuk memiliki dia, dan ramai tahu siapa dia yang kita sukai itu..

Kerana, jika benarlah jodohnya adalah kita, semua manusia cuba menghalang pun, tetap akan menjadi jodoh kita..

Tetapi, jika dia bukan jodoh kita, kita berusaha bagaimana pun, melalui cara apa pun, kita tetap takkan menjadi milik dia..

Lihat sahaja bagaimana Asiah boleh mnjadi isteri Firaun?
Begitu juga Zulaika ketika mendapatkan Yusuf?
Juga kisah Saidina Ali dan Fatimah yang saling memendam?

Bukankah jodoh itu di tangan Allah?

Tidak perlu terlalu sibuk mencari..
Sibukkanlah diri dengan berusaha..

Usahakan apa yang telah Allah wajibkan pda kita..
Dakwah dan menjadi hambaNya..

Dan bilamana kita all out sebegitu, adakah Allah akan tinggalkan kita?

Ini janji Allah!

“Dari Ibnu Abbas RA, berkata: Pada suatu hari aku berada di belakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada di hadapan kamu, dan jika engkau memohon maka mohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.

(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)”

Memang seronok dan semua ingin mendampingi bidadara dunia

Namun sedarlah hidup ini terlalu unik aturannya..

Yakinlah, Allah takkan abaikan kita..

Asalkan kita benar-benar menjaga dan memperjuangkan agamaNya..

Kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita.

Moga selepas ini, kita akan lebih fokus dalam dakwah, lebih banyak menangis, lebih banyak berdoa, lebih banyak bergantung, jodohmu, sepenuhnya kepada Allah.

Jika sudah tersuka pada seseorang, kurangkanlah sedikit-sedikit membaca, melihat Facebook atau membuat benda-benda yang akan membuakkan lagi perasaan cinta kepada dia.

Memang susah, sangat susah. Namun inilah jalan MUJAHADAH!

Sebab itu, Allah ajarkan kita cintakan Dia, cintakan dakwahNya, dan akhirnya masa itu akan tiba. Bila masa itu hadir, kita boleh mencintai pasangan hidup kita itu, hanya kerana Allah.

Dari seorang hamba yang lemah,
Saya memetik kebanyakan susunan ayat ini daripada blog.
Muharrikah

Demi manfaat bersama, dariku untuk semua.

~ MUJAHADAHLAH, KELAK KAU TEMUI KEMANISAN DARINYA ~

Wednesday 13 March 2013

Tip-tip Berurusan Dengan Bukan Mahram


1. Elakkan berhubung dengan lelaki.

Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa'(bagi nisa') dan rijal(bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita. Contohnya, apabila nisa' meminta bantuan rijal soal baiki laptop, kereta dan perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran:

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik."

3. Tundukkan hati.

Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan mahram kita perlu risaukan kemurkaanNYA. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNYA supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukkan pandangan.

Jangan tertipu dengan metapelajaran kaedah berkomukasi yang kita belajar "make aye contact with the person you're talking to," melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati." Tidak bermakna tundukkan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan.

Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa, dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

Nota kaki: Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mempertahankan Islam di atas muka bumi Allah, bukan golongan yang menjatuhkan Islam itu sendiri.

Wallahu'alam. 


Yang benar,
Gadis Yang Ketagihkan Nasihat Dan Teguran.
13/3/2013


Saturday 2 March 2013

Peringatan Kita Bersama.


Assalamualaikum.

Seperti yang kita tahu, malu itu sebahagian cabang daripada iman. Malu itu teramatlah penting bagi setiap manusia, dan sedangkan nabi kita Nabi Muhammad SAW pun ada malunya. Dalam arus kemodenan ini, kita mempunyai pelbagai "aset" yang kita boleh share pasal kehidupan kita. Macam facebook, tweeter(sory, dua ni je yang saya tahu. Heee) dan sebagainya.

Dan sekarang saya rasa saya nak tumpukan kepada gegadis muslimah, termasuklah saya. Siyes! Kita kekadang excited nak share apa yang kita sedang buat, kan?! Hanya melalui gambar saja sudah cukup. Kemudian perlahan-lahan kita upload dan share public dalam facebook. Dan jadilah sebegini di bawah.

Lebih kurang macam mak cik ni buat la kan. Hahaha.

Kan tak molek gi tu. Boleh naik syahwat para muslimin yang tawadhuk lagi beriman tengok. Muka molek doh, tapi ambil gambar mulut muncung serupa ikan todak. Haisshh.. Orang nengok pong nyampoh.

Lagi satu, muslimah yang malu berhadapan dengan lelaki di jalan, tetapi dia tak malu berhadapan dengan lelaki di laman sosial. Itu guane pulop? Haa? Tak faham macam mana?

Okey, gi ni. Seorang muslimah itu bila jumpa lelaki semasa dia berjalan nak pegi kelas ke apa ke, dia sanggup tawaf satu bangunan atau lalu jalan yang jauh untuk tidak bertemu mana-mana lelaki. Tapi, bila di laman sosial dia la yang paling aktif upload gambar di Facebook. Kan sia-sia je malu gi tu.

Perempuan muslimah yang ambil gambar bersama lelaki berdua saja, macam mana pula? Kalau jenis yang macam ini hati-hati kerana ianya boleh menimbulkan fitnah sebagai seorang muslimah pingitan. Ceh! Pingitan katanya. Hehe. Ya, betul sahabat muslimah sekalian. Gambar berdua dengan lelaki boleh menimbulkan fitnah dalam Islam terhadap diri kita. Hatta gambar kita tu, tak ada pun pegang-pegang tangan, usik mengusik atau pelbagai alasan yang akan kita berikan ia tetap akan mengundang fitnah. Jadi, hati-hati kalau kita ada gambar macam ni.

So, gegadis muslimah sekalian.
Malu kita sangat berharga. Susuk tubuh kita dipelihara. Maruah kita dijaga. Malu kita biar dalam iman. Tak mau la terlalu addicted sangat nak upload gambar-gambar di Facebook. Cukup sekadar untuk orang kenali kita siapa. Cukup la letak gambar dekat Profile Picture. Letak macam gambar passport tu ok jugak. Hehehe. Bagi cadangan jep. Gambar reramai tanpa percampuran ajnabi, dan tidak ada lelaki duduk sebelah perempuan atau perempuan duduk sebelah lelaki, itu tidak mengapa. Cuma hati-hati bila gambar itu bercampur ajnabi. Yang mampu saya cakap, MALU DENGAN ALLAH, RASULULLAH DAN ISLAM.

Maaf kepada yang terasa, tapi memang tulis untuk bagi terasa. Ingat! Terasa itu gerakan iman yang menuntut perubahan ke arah kebaikan. Saya tulis ni pun untuk peringatan diri saya juga. Sekurang-kurangnya kalau saya terlupa, saya akan tengok dan baca balik post ni. In syaa Allah.

Komen anda amat diperlukan. Terima kasih. ^_^

Wallahu3alam.

Monday 25 February 2013

Mental State : Examination Mood




Nak update ke tak? Nak update ke tak? Last-last....

UPDATE!!~

Esok ada exam Fiqh Muamalat. Baca pun tak seberapa. Guane nim? Baca last minit, beginilah jadinya. Kabut kepala otak. Pesan kepada diri, macam mana nak jadi pendakwah yang berjaya??!! 

Baru semester dua dah macam ni perangai. *Istighfar bebanyak. 
Macam mana kalau dah semester 3, 4 dan 5 nanti. Tak terkenang pada jasa ibu dan ayah ke? Punyalah diorang susah nak cari duit biaya yuran dan makan aku kat sini. Sepenuhnya diorang yang tanggung. *herrr..marah diri sendiri yang sedang malas.

Pesanan buat diri sendiri dan sahabat-sahabat yang sedang dan bakal menuntut ilmu di mana-mana pusat pengajian di dalam negara mahupun di luar negara. Nak habaq sikit naaa.

1- Kalau pensyarah bagi kerja atau assignment, janganlah sesuka hati nak buat bila. Selagi ada masa kosong, masa tu la gerakkan kerja. 

2- Kalau dah masuk mid-term, memang penuh dengan kuiz dan exam pertengahan semester yang lecturer akan buat. So, lepas je dapat tahu ada exam, terus ulang kaji dan hafal untuk memudahkan otak kita menerima maklumat. Kalau hafal last minit, masa jawab exam memang blur la. Entah apa yang dijawab. 

Kuiz, test, assignment dan segala benda yang ada sebelum Final Exam amatlah penting sebab itu untuk markah carrymark kita. Biasa carrymark per 50 atau 60. Okey! Sebagai contoh, carrymark kita 55/60 dan markah Final Exam kita hanyalah 40markah. Dengan markah carrymark kita yang sebanyak 55/60 tu, masa final exam kita boleh duduk goyang kaki. Tapi, janganlah duduk goyang kaki sangat. Sebab kenapa saya cakap macam tu? Ini salah satu sebabnya:

Korang hanya perlukan 25 markah sahaja lagi untuk cecah Gred A! 
Haaa. Pentingkan bagi siapa nak Dean List (Senarai Dekan). Hehehe.

3- Banyak-banyakkan berdoa kepada Allah supaya Dia bantu kita untuk jawab exam. Tapi, usaha tak ada tak jadi jugakkan. So, shieka and friends usaha dan lepas tu tawakal. 

Shieka ada terbaca satu status yang kawan shieka post di  Facebook tadi. Ekceli, terasa juga. *Siapa terasa ada iman okeh? Huhuhu. Post dia: 

"Takut, resah untuk exam semua orang rasa. Tapi, takut yang berkualiti adalah takut bersama usaha!"

See! Memang sentap la bila dia post macam ni untuk orang yang kurang usaha macam saya. Huh! Taubat itu harus! 



Okey, cukup dan sekian.

Sunday 24 February 2013

Menjaring Keikhlasan


Sejak bila
kau mengeluh resah 
memakai sepatu perjuangan
yang panas membara

Sejak kapan 
kau rasa lelah 
merempuh kezaliman 
menerobos benteng keangkuhan 

Hari ini 
sebuah perjuangan bukan hanya
sekelumit pengorbanan 
andai nyawa jadi taruhan 
bukan jaminan 
memetik ranum kejayaan 

Kau boleh toleh kanan dan kiri
mana letak keikhlasan
adakah tersemat 
di relung kalbu yang paling dalam
atau hanya tergantung 
di lidah tidak bertulang.



Hari ini, Jalan Dakwah yang Aku pilih.

Saturday 23 February 2013

Baucer Buku 1Malaysia (BB1M)


Assalamualaikum,

Kengkawan, hari ni shieka dapat BB1M yang berharga RM250 dari kerajaan yang baik hati - pujilah sikit bila orang dah bagikan -. Huhuhu. Terima kasih kepada Allah. Haa. Dah dapat ni, macam-macam la nak beli. So, kena buat senarai buku yang nak dibeli. 

Saya sudah, anda bila lagi? Manfaatkan baucer buku tu sebaik-baiknya 
agar bisa menambah pahala yang setimpal kepada pemimpin kita. Hehehe. 


Tunggu la balik rumah baru guna. ^_^

Friday 22 February 2013

Bila Jiwa Ingin Berpasangan.


Assalamualaikum. 

Lama rasanya tidak melayan diri sebagai blogger. Ceh! Blogger la sangat. Hehehe. Ekceli, buka-buka je blog, tengok-tengok bertambah follower. Terasa pula blogku ada layanan. Huhu. 
Terima kasih kepada para follower. ^_^

Sebenarnya, shieka nak share something. Perkara biasa bila meningkat remaja.
Pelbagai rasa yang akan dialami dan dirasaikan? Tipulah kalau korang pun tak pernah rasa.
Soal-soal perasaan kepada kaum berlainan jenis - lelaki atau perempuan - sememangnya fitrah dan 
membuktikan bahawa kita manusia normal, kan?!~


Sejak minggu-minggu yang lepas, perasaan ni membuak-buak tau. Kalau difikirkan bahaya jugak. 
Sebab takut-takut itu gerakan nafsu. Dalam keadaan yang macam tu, shieka minta pendapat dan nasihat 
daripada sahabat rapat masa sekolah menengah dulu, iaitu Kaq Yus - nama glemer beliau -. Dia nasihatkan supaya istikharah. YA! Kerana cara itu sebaik-baiknya untuk masalah macam ini iaitu banyakkan mengadu dan berdoa kepada Allah.


Shieka ada juga minta nasihat daripada Alang - abang nombo 3 shieka - sebab dah dia yang shieka yakin untuk membuat aduan. Huhuhu~ Kata dia, perkara ni normal bagi budak perempuan bila ada member-member yang lain dah kahwin. Pengaruh uh! Katanya lagi, habiskanlah belajar dulu, kalau ada yang dah masuk meminang, tunang dulu. Lepas habis terus kahwin. Sebelum ni, ibu pun cakap macam ni. Tapi, 
kadang-kadang ibu ada bergurau-gurau pasal mak mertua orang Terengganu la, nak pi jumpa mak mertua la. 
Lagi la jiwa bergelora - lebih kurang macam tu la istilahnya, hehehe - Tambah-tambah pulak, bila senior-senior sangat memberi support supaya shieka kahwin awal. Banyak lagi galakan-galakan daripada luar.


Tak silap, beberapa hari selepas shieka buat istikharah, ada seorang sahabat shieka - coursemate - 
tanya samaada nak kahwin awal ke tak? Gilee tak nak!!~ Hahaha. Pastu, tiba2 dia tanya ada sepupu dia suruh dia carikan seorang perempuan yang lemah lembut untuk dijadikan isteri. Masa tu dalam kepala, "lemah lembut ke aku?" Kekeke. Dia kata ikhwan tu baik, masa atuk dia sakit dia yang jaga, solat jemaah tak tinggal(aset penting), dan bab-bab agama pun baik. Ikhwan tu berumur 20tahun - tua setahun dari shieka - dan dia sedang belajar lagi, diploma medical asistant di Kedah. Bakal doktor!!~


Apa-apa pun shieka tak mahu cepat melatah dalam memilih pasangan hidup ni. 
Ada juga minta pandangan seorang pensyarah soal ni, kalau shieka mahu kahwin masa belajar
pastikan bakal suami tu BUKAN MASIH BELAJAR , dah ada pekerjaan tetap , dan bersedia untuk menanggung pembiayaan universiti shieka. 
Bukan terlalu memilih, tetapi berhati-hati. 


Tentang berkahwin masa muda ini, shieka sudah pasangkan niat dari sekolah menengah lagi. Soal jodoh ini shieka dah serahkan kepada ibu dan ayah. Mereka yang akan memilih. Siapa yang masuk meminang dan terus direct jumpa ibu dan ayah itu yang shieka paling awal pertimbangkan berbanding mereka yang tetiba minta nak dijadikan isteri di laman-laman sosial. Yang itu shieka memohon maaf terlebih awal, DITOLAK!!~ 


Tapi, sememangnya hal-hal sebelum dan selepas berkahwin banyak yang perlu difikirkan. Tambah-tambah lagi, mampukah shieka menanggung 2 tanggungjawab dalam satu masa - sebagai seorang student dan seorang isteri-? Persediaan itu shieka sedang lakukan. Iaitu sedang berusaha menjadi Wanita Solehah sebelum menjadi Isteri Solehah.


Ya, mungkin kita tidak sempat untuk berkahwin kerana kemungkinan kita akan meninggal sebelum itu.
Oleh itu, persiapkanlah diri dengan amalan-amalan soleh. 




Ditulis oleh,

- Budak yang anti couple -. 
  Shieka - 280394 - ^_^ -