Tuesday 29 May 2012

Terkenang Memori Lama


Assalamualaikum ,

Aku yang ditemani oleh cuaca yang sejuk serta suara gagak yang begitu gagah . Dah la ! Malas nak berpuitis sekarang ni . Hehe . Sebenarnya , rindu dengan arwah atuk Sapar . Entahlah . Kenapa tiba-tiba terkenang atuk malam tadi . Wan yang sakit iaitu isteri kepada arwah atuk ada di rumah aku . Semalam aku teman wan tidur di ruang tamu kerana kesian tengok wan tidur sorang-sorang di situ . Tiba-tiba , air mata saku mengalir . Ya Allah , rindu kepada arwah atuk menyergah .

Dulu kat kampung masa umur saya 6 tahun aku tidur di rumah wan sebab masa tu ibu dah nak bersalin . Kenalah pergi hopital kan . Aku yang sedang tidur , terbangun dan menangis sebab mata yang mamai itu tercari-cari ibu tetapi tak dijumpai . Skema pulak ayat ni . Atuk yang tidur dalam bilik pun terus  memujuk aku yang tidur di ruang tamu . Huh ! Ingat mudah nak termakan pujuk . Hee ~ Atuk lari ke bilik semula . Ingatkan penat pujuk aku . Atuk keluar semula dengan membawa selimut . Atuk selimutkan aku sambil berkata , "Ibu tak de la cu . Ibu dengan ayah pergi hospital . Adik dapat adik baru . Esok kita ergi tengok ye . Dah , jangan menangis ." kata atuk yang menggelar aku sebagai adik . Rasa dimanjakan pula . Aku berhenti menangis dan tidur . Mengantuk sangat kot masa tu . Hah ! Lagi satu , mengantuk sangat sebab malam tu tengok cerita hindustan . Cerita Mann ! Sampai sekarang suka tengok cerita tu . Ok , sambung tidur .

Dulu , lepas ibu aku bersalin . Atuk selalu datang rumah melawat kiteorang . Masa tu ayah aku bekerja dekat Sepang . Pagi-pagi lagi ayah keluar sebab jauh tempat kerja dengan rumah . So , atuk la yang rajin menjengah kami sekeluarga . Kalau atuk datang , tak pernah tertinggal untuk atuk bawa ikan sembilang yang dibelinya kat pasar . Tu yang sampai sekarang aku suka makan ikan sembilang . Asal atuk datang je , mesti aku tunggu dekat luar rumah . Kalau atuk lambat sikit  aku tanya ibu "mana atuk , lambat sangat pulak ." Bila terpacul atuk depan rumah bersama motor Kriss biru , aku melompat macam hantu pocong . Hahaha .

Lepas umur adik aku yang lahir tu dah bulan-bulan tah berapa bulan kan . Atuk aku pun dikhabarkan telah meninggal dunia . Aku yang masih kecil dan tak faham apa-apa tu , hanya melihat ibu menangis sahaja . Tapi , disebabkan aku ni budak cepat belajar daripada adegan-adegan pengfileman , aku mulai faham bahawa atuk dah pergi kembali kepada Ilahi . Sampai aku merayu kat ayah nak hantar atuk sampai kubur . Itulah kali pertama dan kali terakhir aku melihat orang dikebumikan .

Lepas pemergian atuk , dah tak de siapa yang nak hantar ikan sembilang pagi-pagi dekat rumah . Kepada readers , mintak sedekahkan Al-Fatihah buat atuk ya . Rasa nak menangis lagi pula . Kita yang hidup ini , mesti teruskan perjalanan kehidupan dunia buat bekalan untuk akhirat nanti . InsyaAllah .


:: cinTakanmuJahadah ::

Friday 25 May 2012

Selamat Hari Guru , Cikgu Sha !


Assalamualaikum ,


Huh , kenyataan ketika sedang menulis blog serba kekurangan ini . Penat + mengantuk = mahu tidur . Kak Sha tepis jua sebab dah lepas asar . Kan tidak baik tidur selepas asar . Ia akan menyebabkan minda kita lemah . Padahal ada juga tidur lepas asar .

Ok , Kak Sha sambung cerita . Apa yang heboh sangat penat tu .
Ekceli , Kak Sha dijemput oleh mak ude untuk ke tadika bagi menghadiri majlis sambutan hari guru 2012 . Mak ude juga minta kak sha menggantikan mak ude sementara sebab nak jaga wan kak sha yang sedang sakit di hospital . Kak sha dijemput sebab kak sha pernah menjadi cikgu selama 4 bulan di Tadika An-Nur Boleh milik mak ude tu .

Alhamdulillah , setinggi-tinggi kesyukuran . Dalam penat-penat ni , terselit jua keseronokan bersama mereka . Seronok banget ! Ada yang sampai-sampai jumpa kak sha terus cakap , "Cikgu , kenapa cikgu tak datang semalam ." "Eh , cikgu sakit perut ya . Sebab tu tak datang ." Aduhai .. Kepetahan mereka membuat kak sha ketawa . Padahal dah hampir sebulan kak sha berhenti kerana sebulan ini niat kak sha untuk menguruskan segalanya tentang kemasukan Universiti pada awal bulan 6 ini . InsyaAllah . Kak sha melayan saja kerenah mereka yang macam-macam tu .

Pada awal pagi kak sha yang ditemani 2 orang cikgu , Eizaty dan Kak Siti serta Cik Lin merangkap tukang masak di tadika , kami hanya menari , menghias kelas (letak belon sana sini) , menyediakan juadah (para murid bawa , cikgu-cikgu tukang merasa . ^_^ ) , membuat kad Hari Guru . Huh ! Tiba masa makan , cikgu-cikgu yang lapar . Sambil menyediakan juadah , ngap(makan) sikit . Lapar la kata , kan !

Lepas makan-makan . Cikgu-cikgu sediakan satu permainan . Cikgu yang sediakan permainan tau ! Hehehe . Bagus betul jadi cikgu tadika ni . Ok , kiteorang sediakan permainan bawa bola pimpong dalam sudu dan bola beracun yang disertakan denda . Huaa ... Mula operasi denda-denda jahat . Seronok bila tengok diorang ketawa sebab kita pun terikut ketawa . Takkan sedih kot .

Dah , tengok je la serba- serbi gambar yang sempat dirakamkan ni . Apa-apa pun , terima kasih kepada mak ude kerana sudi jemput kak sha . Hari terakhir bersama mereka sebelum "terbang" ke "tempat timba ilmu" .

Masih menunggu lagi .
Menari-nari dulu .
Buat kad hari guru .
Rukiah demam-demam pun join tau !
Rajin dia . 
Bersungguh-sungguh .
Muka berkerut-kerut tu , tengah rebut warna .
Bola beracun . Happy sangat masa ni .
Ni dia dendanya .

"Eh , kau ada colour lebih tak ?"
cikgu Siti dengan cikgu Eizaty yang tolong ikatkan .
mereka tolong tiupkan . Semput !!
Tara !! Hias belon di tangga .
Jemput makan !
Beratur dalam kumpulan sebelum main .

Pemberi semangat .
Gigit sampai patah , Isma ! hahaha .

Banyak lagi gambar . Tapi , takkan nak masukkan semua kan . Penuh satiu page ni nanti . Ni pun rasanya dah penuh . Hehehe . Dok layan je la . Kalau ada yang gian sangat tu , klik pada gambar untuk besarkan . Nak tengok lebih lagi dekat Facebook kak sha di sini la . Terima kasih . Jumpa lain episod !  


Wednesday 23 May 2012

Ia Hanya Sekuntum Bunga .


Assalamualaikum ,

Duhai sahabat yang dirindui . Ingatkah dikau tentang sekuntum bunga yang engkau ukirkan untukku ? 
Bunga yang engkau ciptakan daripada sehelai kertas , kau hadiahkan kepadaku untuk dijadikan kenangan buat kita bersama . 

Bunga ciptaan seorang sahabat .
Pada 27 April 2010 .

Kenangan itu segar di mindaku walaupun masa itu telah jauh berlalu pergi . 

Aku merindui saat itu . Tidak mungkin ku lupakan . 
Perkenalan kita seawal 2010 itu , mencipta satu ukhwah yang punya berjuta memori suka duka . 
Pahit manismu dikau kongsikan bersamaku . 
Aku pelajari segala ketabahan dan kecekalan hidupmu . 
Mungkin tidak banyak , cuma ku ingin pelajarinya . 
Ah , susahku khabarkan ! Bagaimana pula jika aku berada di pihak engkau , sahabat . 
Sukar untukku bayangkan . 
Allah ciptakanmu untuk mengharungi cubaan dan ujian-NYA seawal usiamu . 
MasyaAllah . Subhanallah .

Ujian yang dihadapi oleh umat Nabi Muhammad SAW punya jalan ceritanya tersendiri .
Allah yang menentukan segalanya . Kita hanya menjalaninya dengan redha .

Ketahuilah sahabat , 
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri , sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita .

Wallahua'alam .

Tatkala Hati Teruji .


Ya Allah , Engkau uji hati yang punya perasaan ini . Tatkala aku ingin mengejar cinta - MU .  
Dengan satu panggilan , perasaanku mula ingin jatuh padanya . 
Aku cuba pertahankan hati ini jua . 
Aku tidak mahu persiakan-MU , Ya Rabb . Tanganku menggeletar . 
Dengan kalimah wahyu-MU , ku cuba pertahankan . 
Ku basahi bibirku dengan istigfar kepada-MU . 
Segala motivasi yang ku terapkan di dada , ku mainkan ia difikiran sebagai penguat hati ini . 
Hasutan mulai mendekati . Ah , jauhi aku wahai Durjana ! 
Jangan kau berani ajar aku mempersiakan cintaNya . 
Aku manusia biasa yang fitrahnya punya perasaan . 
Tetapi jika tidak ku jaga , aku khuatir akan menjadi fitnah . 
Mendorong kepada desakan nafsu . 
Justeru , menolak ku untuk mengikuti budaya berpasangan sebelum akad nikah . 
Maka , bersoraklah si durjana itu keriangan . 
Tidak mungkin ku biarkan . 
Seboleh-bolehnya inginku jauhinya . Belum masanya lagi . 
Cita-citaku , impian ibu bapa dan keluargaku .
Agamaku , bangsaku .
Oh , hati ! Selesaikan tugas itu dahulu .
BIla tiba masanya nanti , kita sama-sama dekatinya .
Kita akan dekatinya suatu hari nanti .
Dengan adanya ikatan yang suci .
Bukan dengan ikuti budaya berpasangan itu . 
Anggaplah panggilan itu sebagai ujian untuk kita lewati liku-liku menuju cintaNYA .
InsyaAllah . Sabar wahai hati dan perasaanku .
Allah tidak akan persiakan-MU .


Friday 18 May 2012

Medical Check Up !



Assalamualaikum , hari ni buat medical check up . Alhamdulillah , selesai juga . Sepatutnya semalam(rabu) tapi doktor telefon minta postpone hari khamis(hari ini) . Huh ! pengalaman ? Macam-macam perasaan . Ada doktor suruh panggil pesakit seterusnya la . Ceh ! Jadi nurse sementara di situ . Hee ~ Terpaksa buat check up tekanan darah semula sebab tekanan darah saya tinggi . Perasaan masa tu hanya Allah saja yang tahu . Tapi mampu bergelak ketawa masa keluar bilik doktor tu . 

doktor : eh , tekanan darah kamu tak normal ni .. tinggi sangat ni .. ada darah tinggi ke ? tak kena dengan usia kamu lak ni ..

saya : err ... tak normal macam mana tu doktor ?


doktor : pergi check balik takut-takut ada tiroid (sambil check nadi) .. nadi kamu pun laju ni .. kamu gemuruh ke ?

Normal la tu kan . Hehe .



Pergi masuk bilik 3 (bilik check tekanan darah) . Doktor tu bagi rest 10minit . Borak-borak macam biasa . Then , baru dia check . "Ok , baru turun . Normal . Gemuruh je tadi ni . Jarang jumpa doktor ya ?" doktor kata . Hurm .. Memang jarang saya jumpa doktor pun . Teruk sangat kot gemuruh saya tadi . Apa-apa pun bersyukur sangat dah selesai buat medical check up . Tinggal nak selesaikan segala-gala salinan sijil untuk pengesahan Tuk Penghulu . Moga dipermudahkan Allah  urusan seterusnya . 

- Maassalamah -

Tuesday 15 May 2012

Dapat Surat Tawaran !


Assalamualaikum , alhamdulillah . Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Ilahi . Pada jam 11.28 a.m , saya telah pun dapat surat tawaran daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA) . Ayah bagi , terus melompat macam hantu pocong ! Padahal dah tahu dapat UNiSZA melalui UPU . Memang la , surat tu macam bukti yang saya betul-betul dapat situ la kan . Huh , excited ! 

Surat Tawaran .
Lepas dapat je surat tawaran tu , terus pergi tadika mak ude untuk print out kan buku maklumat pelajar dan buku pemeriksaan kesihatan . Petang tu juga isi semua maklumat . Allahu Akbar ! Ilmu Allah itu sudah memanggil-manggil . Semoga semangat ini berterusan .

Nampak kan ? Boleh baca . ^_^

Ok , besok pegi medical check-up dekat Hospital Kem Terendak , Melaka . Mungkin akan pergi . Hurm ... Jauhkan ? Hehehe . Angah saya ada dekat situ . So , insyaAllah , urusan di situ akan memudahkan saya kerana di bantu oleh angah . Angah kerja sebagai pembantu hospital di situ . Lepas buat medical check-up , insyaAllah pergi shopping di Mydin Hyper , Melaka . Sebab kenapa ? Murah tau ! Puas kalau beli di Mydin . Puas gila ! Tiba2 , mood shopping . Hehe . shopping barang keperluan je kot . Ok ! Terima Kasih sudi dengar celoteh saya .

- maassalamah ! -

Monday 14 May 2012

Si Putih.


Assalamualaikum ...
Bila disebut si putih , mesti readers pikir haiwan peliharaan , kan ? Hehe ... biasa la tu . Saya ada peliharaan . Tetapi bukan haiwan . Alhamdulillah , rezeki dibuka oleh Allah untuk saya memiliki sebuah laptop jenis Asus A43S . Ia berwarna putih . Model dia pun cantik . Laju >mungkin sebab baru lagi kot< . Tapi saya harap si putih bertahan lama kelajuannya . Hee ~ 

Ini si putih 

Haa ... Nak ? Cari dekat Layout . Ada banyak . Tujuan saya beli ni bukan untuk suka-suka tau . Saya nak gunakannya untuk buat assignment , ber"skype" bersama keluarga dan sahabat , menambah ukhwah di facebook , cari maklumat dan macam-macam lagi la . ^_^   Ok , tu saja dari saya . 

_ Maassalamah _

Saturday 12 May 2012

Menjadi Budaya.


Awalnya kita "kita cuma berkawan" , tapi kemudian "ayuh kita berpacaran" .


++++++++++++++++++++++++++++

Apa yang menjadi budaya sekarang ? Haaa .. tu diaa .. Budaya Berpasangan . Budaya ni memang berlaku dalam kalangan remaja sekarang . Saya tidak menafikan perasaan cinta , kasih dan sayang itu adalah fitrah . Tetapi , jika tidak dijaga dengan baik boleh jadi fitnah . Memang seawal remaja diri terasa ingin dicintai dan saling mencintai . Kita sebagai manusia yang lemah boleh kuatkan dengan wahyu Allah , kisah-kisah cinta nabi-nabi dan tokoh-tokoh Islam kita . Paling tidak pun kuatkan hati dan perasaan itu dengan motivasi-motivasi . Saya ada terbaca buku motivasi Ustaz Azhar Idrus , "Couple itu cara orang barat yang diikut oleh orang Islam yang jahil dengan menetapkan hukum-hukum Islam ."

Ni buku tu .

Jawapan yang digunakan oleh mereka yang ada pasangan a.k.a COUPLE , "Kitaorang couple cara Islam , tak de pun keluar dating , pegang-pegang tangan . Cuma SMS sahaja . Saling ingat-mengingati , kejut subuh pagi-pagi , saling memberi tazkirah antara satu sama lain , suruh dia pakai tudung , tutup aurat ." 


Allahuakbar ! Baik sungguh orang yang macam ni . Tetapi sayang ... Se"islamik" mana pun kita lakukan perkara-perkara di atas dalam tempoh couple , ingat ! Panahan syaitan itu sentiasa tertuju pada kita . Si durjana itu bijak untuk mengindahkan imaginasi kita . Si durjana itu pandai mengatur langkah . Kemudian , bermulalah adegan-adegan "salam rindu buatmu yang ku sayang kerana Allah ." Terbaik ! Pandai betul sucikan couple dengan Asma' Allah . 



Ayuhlah , sama-sama kita menjaga hati . Jauhi zina . Kadang-kadang ilmu yang kita pelajari itu susah betul nak masuk . Kejap masuk , kejap keluar . Kejap timbul , kejap tenggelam . Yela , kita menuntut ilmu tanpa berkat Ilahi . Kalau kita couple dan berjaya pun , belum tentu berkat itu ada . Kalau kita tidak couple dan tidak berjaya , itu Allah sedang menguji . Bukan bala ! Jika kalian menjadi guru kepada anak-anakku , ingatkan mereka supaya jaga hati . Ajar mereka mengejar cinta Allah , ajar mereka menyambar ilmu , ajar mereka bersabar terhadap desakan nafsu . Saya tidak mahu anak-anak saya dan generasi akan datang terikut budaya ini . Tak nak !


Jaga peribadi ya  ummi dan abi . Hurm ...


Baiklah , kata akhir ku . "Jika dua insan yang bergelar lelaki dan perempuan yang berjaya melangkah ke alam rumah tangga tetapi dimulai dengan couple yang terbina atas dasar maksiat , nescaya ia akan mengundang padah terhadap peribadi zuriat ." Jaga hati kita , jaga juga peribadi zuriat kita .

Thursday 10 May 2012

Aku minat dekat dia..


Assalamualaikum wbt ...
Hehehe ... Minat ? Dekat siapa ? Ni yang nak kongsi ni . Huhuhu ... 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
turun lagi .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

saya minat dekat.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
teruskan lagi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tara !

Terima kasih kerana bersabar . ^_^
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Saya minat dekat . 
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
Edit photoshop dan photoscape  hehehe ...

Apa benda tu ya ? Haa . Mai dekat sikit . Edit photoshop dan photoscape tu sejenis microsoft yang membolehkan kita edit gambar-gambar kita . Ekceli , dari sekolah lagi saya minat bahagian ni . Ada gambar , ada la yang akan saya edit . Dah minat , nak buat macam mana . Tengok gambar bawah ni . Mungkin tidak berapa cantik . Saya pun baru nak tambah dekat dengan "dia" . Yang penting , saya cuba . Kan ! Moh kita nonton sat !

Gambar kahwin.
 .. Moniefah + Fahmi ..

She's name is Alia.

Ukhwah ku terjalin bersama mereka. Miss u all !

Kreativiti dalam menangkap gambar. Ceh !
Cuba yang terbaik saja.


Semoga ukhwah saya dan readers berkekalan.
Okey , that all from me . Syukran  , terima kasih . Maaf jika tersakitkan hati readers . Hee~ 
Salam Ukhwah . 


Semangatku Kian Membara


Assalamualaikum wbt ....
Ya Allah . Semangat aku untuk memasuki Universiti bertambah-tambah . Membuak-buak ! Mungkin tidak sabar untuk menuntut ilmu Allah . Kadang-kadang dah terbawa-bawa dalam mimpi . Dahsyat ! Meskipun tidak tahu situasi kehidupan di sana bagaimana . Hanya tanggapan positif yang ku perolehi . Subahanallah . Semoga semangat ini tidak luntur di dada ku . Kesungguhan ibu , ayah dan adik beradikku untuk melengkapi keperluanku , membuatkan aku semakin membara untuk memegang sijil "kejayaan" buat mereka . Lebih-lebih lagi ibu dan ayahku . InsyaAllah .

Jejak Cita-Cita ...


Tetapi , dalam menjejaki alam universiti ni , ada yang paling ku takuti . Aku takut terjebak dalam budaya berpasangan , terbuai dalam imaginasi syaitan yang indah dibina oleh si durjana itu . Aku tak nak ! Nauzubillah ! Aku ingin hatiku terpelihara oleh-NYA . Kata-kata motivasi Ustazah Fatimah Syarha di dalam Novel beliau , Cinta High Class akan ku lekatkan dalam kotak fikiran ku . Ku jadikan sebagai penguat semangat dalam menggengam cita-cita . Akan ku tamatkan pembelajaranku sehingga ibu ayahku bangga denganku . Aku ingin membanggakan mereka setelah mereka membanggakan aku sebagai seorang anak . Jauhi aku godaan budaya itu , Ya Rabb !

Jauhi aku daripada ini . .

Tuesday 8 May 2012

Keazamanku terbantut.



Niatku untuk menutup akaun Facebook tidak lagiku lakukan. Bukan kerana hanya bercakap tapi tidak mahu lakukan. Sebenarnya, penting untukku komunikasi bersama sahabat-sahabat jika ada masalah. Tambah-tambah lagi nak masuk Universiti ni. Tetapi akan ku terhadkan penggunaanya agar diriku tidak terleka dengannya. InsyaAllah. Bukan ingin menipu. ^_^

Monday 7 May 2012

Alhamdulillah..



Rezeki saya ke sini. Pekena kopok lekor ganu la kito! Longat Negeri Sembilan ke Terengganu. Huhuhu. Tak usah dikhabarkan lagi.

Ukhwah Yang Terbina.


Baiklah , seperti yang dikatakan. Saya ingin berkongsi tentang perkenalan saya dengan 
dua orang sahabat saya ni Yusra dan Sharifah
----------------------------------------------------------------------------
Dorm saya bersebelahan dorm mereka. Yusra dan sharifah ahli dorm yang sama.
Dorm mereka bersebelahan dengan tandas. Maka kalau saya nak ke tandas saya akan singgah 
dulu di dorm mereka ni. Ekceli, ada kawan saya lagi seorang ni. Raihana!
Saya singgah ke dorm tu pon sebab nak minta Raihana teman ke bilik air. Hee~
Bukan penakut, ok ! 
Erm, kadang-kadang sementara menunggu Raihana saya akan beborak dengan Yusra dan Sharifah.
Mungkin kerana selalu singgah di situ ukhwah kami terjalin dengan akrab.

Selain itu, Yusra dan saya berkerja di bawah satu organisasi. 
Badan Perwakilan Pelajar ataupun Pengawas Sekolah.
Dia bahagian Dewan. Kalau ada function tu, memang kerja dia. Saya bahagian Kebajikan.
Bahagian ubat-ubatan, merawat orang, klinik. Dah sebati !
So, saya dan Yusra ni selalu berinteraksi sesama sendiri.
Tak kisah la kami di bahagian manapun tetapi sifat tolong-menolong tu mesti ada. 
Kan !

Sejak tu, saya suka pergi ke dorm mereka. Studi pun sama-sama. 
Sampai saat nak SPM pun kami tetap bersama.
Kadang-kadang kami juga kongsi masalah masing-masing.
Sahabat kan ! Orang dipercayai. Pasti rahsia pun sanggup dikongsi.
Saya bersahabat dengan mereka kerana mereka selalu ajak saya menunaikan Solat Sunat Dhuha semasa waktu rehat. Itu juga sebab hati kami tertaut dalam tali Ilahi.
InsyaAllah.

Masa dalam musim SPM, pasti ada yang keluarkan modal untuk beli roti gardineer
Tambah-tambah lagi musim hujan dan cuaca pula sejuk, masing-masing cepatlah lapar, kan!
Kalau nak berpuasa pasti ada yang kejutkan untuk bangun bersahur bersama.
Tu kan! Kami sering berkongsi makanan. Nilai ukhwah lebih berharga berbanding modal yang dikeluarkan untuk makanan. Semoga diberkati Ilahi.



-------------------------------------------------------------------------------------
Kita kalau dah bersahabat kerana Allah, sering rasa rindu pentarbiyahan antara satu sama lain.
Rasa ingin diulangi masa yang kian berlalu. Allahu Akbar! Ingin ku coretkan lagi kenangan kita bersama-samamu sahabat. Apakan daya, Dia yang berhak menentukan masa. Susah ingin menemui sahabat seperti kalian. Ukhwah yang terbina ini akan ku jagainya di dalam kotak ukhwah yang dijagai oleh Allah. 

Cacatkan Aku.


Ya Allah , butakan mataku daripada melihat kemaksiatan.
Pekakkan telingaku daripada mendengar fitnah dan umpatan.
Cacatkan tanganku daripada mengambil perkara yang haram.
Lumpuhkan kakiku daripada berjalan menuju ke arah kemungkaran.

Aku manusia lemah yang perlukan
petunjuk-MU.

Dosa itu memakan tenaga jiwa,
Lagi lama berdosa,
Lagi lemah jiwa hamba,
dan akan berkuranglah amalan dan ketaatan kepada-NYA.
Wallahua'lam..

Sunday 6 May 2012

Antara Kecintaanku.


Bila saya mengkhabarkan kepada sahabat-sahabat saya dua orang ni Yusra dan Sharifah Syahirah bahawa saya akan menutup akaun Facebook , mulalah bait-bait "touching" mereka.  Janji sejenis , kan ?! Nanti saya cerita bagaimana ukhwah kami terbina , ye ?




Kadang-kadang mereka menjadi penaik semangatku !
Syukran ILALLAH !!




Saturday 5 May 2012

Akanku jalankan ... !!


Keazamanku untuk menutup akaun Facebook akan ku jalankan atas dasar kerana Allah. Saya menutup akaun Facebook saya bukan kerana ingin menghentikan ukhwah kita yang telah terbina apatah lagi untuk berhenti menjadikan Facebook itu sebagai medan dakwah kecil saya. Tidak sama sekali ! Saya punya alasan tersendiri. Saya mungkin aktif di laman blog pula. InsyaAllah , akaun Facebook saya akan ditutup pada 8/5/2012.