Tuesday 29 May 2012

Terkenang Memori Lama


Assalamualaikum ,

Aku yang ditemani oleh cuaca yang sejuk serta suara gagak yang begitu gagah . Dah la ! Malas nak berpuitis sekarang ni . Hehe . Sebenarnya , rindu dengan arwah atuk Sapar . Entahlah . Kenapa tiba-tiba terkenang atuk malam tadi . Wan yang sakit iaitu isteri kepada arwah atuk ada di rumah aku . Semalam aku teman wan tidur di ruang tamu kerana kesian tengok wan tidur sorang-sorang di situ . Tiba-tiba , air mata saku mengalir . Ya Allah , rindu kepada arwah atuk menyergah .

Dulu kat kampung masa umur saya 6 tahun aku tidur di rumah wan sebab masa tu ibu dah nak bersalin . Kenalah pergi hopital kan . Aku yang sedang tidur , terbangun dan menangis sebab mata yang mamai itu tercari-cari ibu tetapi tak dijumpai . Skema pulak ayat ni . Atuk yang tidur dalam bilik pun terus  memujuk aku yang tidur di ruang tamu . Huh ! Ingat mudah nak termakan pujuk . Hee ~ Atuk lari ke bilik semula . Ingatkan penat pujuk aku . Atuk keluar semula dengan membawa selimut . Atuk selimutkan aku sambil berkata , "Ibu tak de la cu . Ibu dengan ayah pergi hospital . Adik dapat adik baru . Esok kita ergi tengok ye . Dah , jangan menangis ." kata atuk yang menggelar aku sebagai adik . Rasa dimanjakan pula . Aku berhenti menangis dan tidur . Mengantuk sangat kot masa tu . Hah ! Lagi satu , mengantuk sangat sebab malam tu tengok cerita hindustan . Cerita Mann ! Sampai sekarang suka tengok cerita tu . Ok , sambung tidur .

Dulu , lepas ibu aku bersalin . Atuk selalu datang rumah melawat kiteorang . Masa tu ayah aku bekerja dekat Sepang . Pagi-pagi lagi ayah keluar sebab jauh tempat kerja dengan rumah . So , atuk la yang rajin menjengah kami sekeluarga . Kalau atuk datang , tak pernah tertinggal untuk atuk bawa ikan sembilang yang dibelinya kat pasar . Tu yang sampai sekarang aku suka makan ikan sembilang . Asal atuk datang je , mesti aku tunggu dekat luar rumah . Kalau atuk lambat sikit  aku tanya ibu "mana atuk , lambat sangat pulak ." Bila terpacul atuk depan rumah bersama motor Kriss biru , aku melompat macam hantu pocong . Hahaha .

Lepas umur adik aku yang lahir tu dah bulan-bulan tah berapa bulan kan . Atuk aku pun dikhabarkan telah meninggal dunia . Aku yang masih kecil dan tak faham apa-apa tu , hanya melihat ibu menangis sahaja . Tapi , disebabkan aku ni budak cepat belajar daripada adegan-adegan pengfileman , aku mulai faham bahawa atuk dah pergi kembali kepada Ilahi . Sampai aku merayu kat ayah nak hantar atuk sampai kubur . Itulah kali pertama dan kali terakhir aku melihat orang dikebumikan .

Lepas pemergian atuk , dah tak de siapa yang nak hantar ikan sembilang pagi-pagi dekat rumah . Kepada readers , mintak sedekahkan Al-Fatihah buat atuk ya . Rasa nak menangis lagi pula . Kita yang hidup ini , mesti teruskan perjalanan kehidupan dunia buat bekalan untuk akhirat nanti . InsyaAllah .


:: cinTakanmuJahadah ::

No comments:

Post a Comment