Friday 20 July 2012

Allah Pertemukan Kita


Assalamualaikum

Haa .. sebelum tu , jangan fikir lain tentang tajuk di atas nun .
Hee . Ekceli , nak cerita yang Allah sudah pun pertemukan saya dengan ahli-ahli USRAH di UniSZA ini 
Alhamdulillah . Usrah adalah salah satu sunnah Nabi kita tau . 

Baru-baru ni , kami ada buat usrah di tepi Pantai Tok Jembal , Terengganu .
Pengisiannya tentang bulan Ramadhan .
Banyak manfaat yang dapat daripada fikrah orang yang hebat ni .
Pengisian dibuat oleh ustazah Nor Salimah .
Beliau salah seorang pensyarah di UniSZA juga .

Sebenarnya , usrah untuk diri kita amatlah penting untuk memberi "makan" kepada rohani kita
selain daripada solat 5 waktu sehari semalam itu .
Dalamnya , kita dapat berkongsi pelbagai ilmu yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah .



Tengah menunggu sambil tu berkongsi-kongsi 
ilmu untuk jawab forum bahasa arab


Subahanallah , cantik pemandangan lautNYA .


Mulakan usrah dengan bacaan ma'thurat .


Ustazah Nor Salimah


Seusai majlis ilmu , kami bergambar kenangan 

Terima Kasih kepada Allah kerana pertemukan kami dalam medan dakwah . 


Imam al-Syafi'i :
"Mengembaralah dengan meninggalkan negeri-negerimu untuk mencari kemuliaan. dan bermusafirlah kerana terdapat lima faedah bermusafir iaitu menghilangkan kedukaan , mencari rezeki , faedah ilmu , faedah adab dan menemani orang yang mulia.."

No comments:

Post a Comment