Tuesday 24 July 2012

Mahasiswiku Dalam Ramadhan


Assalamualaikum ..

Tajuk di atas rasanya kalian dah tahu yang saya ni seorang mahasiswi . Digelar seorang mahasiswi bukan mudah tau . Ada orang yang tak dapat masuk universiti dan terpaksa menyambung pengajian ke IPTS atau hanya bekerja saja lepas SPM . Maka , bersyukurlah jika kita bergelar mahasiswa atau mahasiswi . Baik , sekarang saya bukan nak cerita lebih lanjut tentang perkataan mahasiswa atau mahasiswi tu . Just take note , BERSYUKUR .

Okey , kehidupanku di Universiti dalam Ramadhan . Itu tajuk sebenar penceritaan dalam post ni . Aktiviti sebelum berbuka . Balik kelas pukul 5 petang , terus ke bilik solat asar . Lepas tu , pergi beli makanan dekat cafe . Jika bertujuan baik lagi , pergilah ke bazar dalam UniSZA ni je . Haa . Sebut pasal lauk , percaya tak saya keluarkan singgit atau dua ringgitt sahaja untuk beli lauk . Tolong percaya . Muka tunjuk simpati ni . Ekceli , saya kongsi lauk dengan sorang member ni . Dia keluar singgit , saya pun keluar singgit . Jimatkan ! Kiteorang buka puasa makan telur dadar belah dua dan sup tauhu beserta kicap sahaja . Kalau ada masalah dalam makanan tu , perut kiteorang akan sakit sama-sama . Haha . Kalau bangun sahur , pukul 5 pagi . Makan nasi yang saya tanak malam tu beserta lauk-pauk lebihan berbuka malam semalam .


Inilah secebis kisah pasal puasaku di UniSZA . Berjauhan dari keluarga membuatkan saya berfikir sejenak terhadap pengeluaran wang ibu dan ayah , skema pula ayat ni . Kalau di rumah , lauk pauk yang terhidang atas meja tu tak rasa pun mahal . Sedap je lalu kat atas jalan raya tekak ni kan . Mana ada perasaan macam ni bila mengadap lauk pauk kat rumah tu .


Okeylah , lain kali kita sharing-sharing lagi but not everything la ye . Hehe ~ 




Ni lauk first Ramadhan . Lepas tu terus taubat sebab mahal .
RM3 kot . Mahal kan ?



# Lepas ni , kami guna RM1 sahaja setiap seorang untuk beli lauk . Jimat membawa berkat !


Ibtisam Walau kana Murra . ^_^




No comments:

Post a Comment