Thursday 27 December 2012

You Are 18+++ Years Old , Be Matured Laa !!~


Assalamualaikum semuanya !

Ekceli , jam sekarang menunjukkan 12.39am. Tak tahulah kenapa hati , tangan dan mata 
yang agak kuyu kini celik tergerak untuk update blog yang agak tergendala ini.
Okey, saya nak masuk isu sikit dan mungkin pendapat saya sendiri.

Tajuk title tu saya dapat daripada mulut sahabat saya kebetulan ketika itu saya
sedang menonton cerita Snow White. Pengumuman, tajuk itu saya renovate sikit 
supaya nampak macam "double WOW" gi tu! Oh, pengaruh Indon punya pasal.

Sekarang!
 Tanya pada diri anda, apa kena mengena post saya kali ini dengan Al-Kisah Snow White?
Dah tanya kan?

Macam ini isunya, masa saya tengah syok tengok cerita Snow White, tiba-tiba ada sahabat tegur gini,
"Ya Salam, tolonglah matured sikit. Macam budak-budak la tengok cerita kartun ni. TAK MATANG!"



Okey, kita fokuskan kepada perkataan TAK MATANG tu.

Apa sebenarnya MATANG ni? 
Bagi lelaki matang mereka selepas khatan, kalau macam itu perempuan kena matang dari baby lagi la? 
Yela, sebab perempuan khatan masa baby lagi.
Kadang-kala, orang nak berfantasi juga. Tapi, tak ada la teruk sangat sampai tak sedar kaki memijak bumi.
Now, kalian boleh check dalam kamus dewan apa itu MATANG. Sekarang saya tak ada kamus dewan.
Dan saya tak buka Wikipedia. Tolong tengokkan, then komen pada post ni pasal matang. =__=

Tentang ini, saya ada pendapat tersendiri bila kita perlu bertindak matang.
Pada pendapat saya.... 
Macam jawab soalan kertas Bahasa Melayu SPM la pulak.

Pada pendapat saya, 
MATANG ini ada pada cara kita berfikir dan bertindak!
okeey , saya repeat.
 BERFIKIR DAN BERTINDAK.
Bukan tengok cerita kartun je , kita dicop TAK MATANG okeh ?



Kalau ada orang cakap macam ini pada korang, senyum kambing je la kat mereka.
Okey , sampai sini saja.




^_^ wasalam ..

No comments:

Post a Comment