Friday 22 February 2013

Bila Jiwa Ingin Berpasangan.


Assalamualaikum. 

Lama rasanya tidak melayan diri sebagai blogger. Ceh! Blogger la sangat. Hehehe. Ekceli, buka-buka je blog, tengok-tengok bertambah follower. Terasa pula blogku ada layanan. Huhu. 
Terima kasih kepada para follower. ^_^

Sebenarnya, shieka nak share something. Perkara biasa bila meningkat remaja.
Pelbagai rasa yang akan dialami dan dirasaikan? Tipulah kalau korang pun tak pernah rasa.
Soal-soal perasaan kepada kaum berlainan jenis - lelaki atau perempuan - sememangnya fitrah dan 
membuktikan bahawa kita manusia normal, kan?!~


Sejak minggu-minggu yang lepas, perasaan ni membuak-buak tau. Kalau difikirkan bahaya jugak. 
Sebab takut-takut itu gerakan nafsu. Dalam keadaan yang macam tu, shieka minta pendapat dan nasihat 
daripada sahabat rapat masa sekolah menengah dulu, iaitu Kaq Yus - nama glemer beliau -. Dia nasihatkan supaya istikharah. YA! Kerana cara itu sebaik-baiknya untuk masalah macam ini iaitu banyakkan mengadu dan berdoa kepada Allah.


Shieka ada juga minta nasihat daripada Alang - abang nombo 3 shieka - sebab dah dia yang shieka yakin untuk membuat aduan. Huhuhu~ Kata dia, perkara ni normal bagi budak perempuan bila ada member-member yang lain dah kahwin. Pengaruh uh! Katanya lagi, habiskanlah belajar dulu, kalau ada yang dah masuk meminang, tunang dulu. Lepas habis terus kahwin. Sebelum ni, ibu pun cakap macam ni. Tapi, 
kadang-kadang ibu ada bergurau-gurau pasal mak mertua orang Terengganu la, nak pi jumpa mak mertua la. 
Lagi la jiwa bergelora - lebih kurang macam tu la istilahnya, hehehe - Tambah-tambah pulak, bila senior-senior sangat memberi support supaya shieka kahwin awal. Banyak lagi galakan-galakan daripada luar.


Tak silap, beberapa hari selepas shieka buat istikharah, ada seorang sahabat shieka - coursemate - 
tanya samaada nak kahwin awal ke tak? Gilee tak nak!!~ Hahaha. Pastu, tiba2 dia tanya ada sepupu dia suruh dia carikan seorang perempuan yang lemah lembut untuk dijadikan isteri. Masa tu dalam kepala, "lemah lembut ke aku?" Kekeke. Dia kata ikhwan tu baik, masa atuk dia sakit dia yang jaga, solat jemaah tak tinggal(aset penting), dan bab-bab agama pun baik. Ikhwan tu berumur 20tahun - tua setahun dari shieka - dan dia sedang belajar lagi, diploma medical asistant di Kedah. Bakal doktor!!~


Apa-apa pun shieka tak mahu cepat melatah dalam memilih pasangan hidup ni. 
Ada juga minta pandangan seorang pensyarah soal ni, kalau shieka mahu kahwin masa belajar
pastikan bakal suami tu BUKAN MASIH BELAJAR , dah ada pekerjaan tetap , dan bersedia untuk menanggung pembiayaan universiti shieka. 
Bukan terlalu memilih, tetapi berhati-hati. 


Tentang berkahwin masa muda ini, shieka sudah pasangkan niat dari sekolah menengah lagi. Soal jodoh ini shieka dah serahkan kepada ibu dan ayah. Mereka yang akan memilih. Siapa yang masuk meminang dan terus direct jumpa ibu dan ayah itu yang shieka paling awal pertimbangkan berbanding mereka yang tetiba minta nak dijadikan isteri di laman-laman sosial. Yang itu shieka memohon maaf terlebih awal, DITOLAK!!~ 


Tapi, sememangnya hal-hal sebelum dan selepas berkahwin banyak yang perlu difikirkan. Tambah-tambah lagi, mampukah shieka menanggung 2 tanggungjawab dalam satu masa - sebagai seorang student dan seorang isteri-? Persediaan itu shieka sedang lakukan. Iaitu sedang berusaha menjadi Wanita Solehah sebelum menjadi Isteri Solehah.


Ya, mungkin kita tidak sempat untuk berkahwin kerana kemungkinan kita akan meninggal sebelum itu.
Oleh itu, persiapkanlah diri dengan amalan-amalan soleh. 




Ditulis oleh,

- Budak yang anti couple -. 
  Shieka - 280394 - ^_^ -


No comments:

Post a Comment