Monday, 23 July 2012

Ketika Cinta Bertasbih


Assalamualaikum 

Malam tadi tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih 
Yang diadaptasikan daripada sebuah novel iaitu novel Ketika Cinta Bertasbih 
ditulis oleh Habiburrahman El-Syirazy

Komen !

Maaf saya katakan..
Kalah kot cerita melayu yang konon-konon nak jadikan Islamik tu
Kata-kata dalam movie tu sangat-sangat terkena dengan hati

Kalau tengok cerita melayu sekarang ni
Yang jadi adik beradik seselambek cium mencium dahi
Sesuka hati salam tangan

Dalam sinetron ni
Tak nampak pula cium-cium tangan
Peluk-peluk walaupun sebagai adik beradik
Kalau dah adik beradik tak peluk cium
pastinya sebagai suami isteri pun tak ada peluk cium

Kalau ada yang nampak diorang peluk cium
Tolong informkan kepada saya
Kot-kot silap pandang pula

Saya suka perbatasan lakonan yang pengarah indonesia ni buat
Syabas kepada penulis novel dan pengarah sinetron ni !

Kalaulah pengarah Malaysia sebegitu

Tak nak cerita panjang
Yang dah besar pun ada yang tak pandai nak fikir panjang
Parah juga tu kan

Cuba readers tengok KCB 1 dan 2
 dan bandingkan dengan cerita Islamik buatan Malaysia
Serius ! Tak boleh kalah punya

Okey , Ibtisam Walaukana Murra .. ^^








Friday, 20 July 2012

Allah Pertemukan Kita


Assalamualaikum

Haa .. sebelum tu , jangan fikir lain tentang tajuk di atas nun .
Hee . Ekceli , nak cerita yang Allah sudah pun pertemukan saya dengan ahli-ahli USRAH di UniSZA ini 
Alhamdulillah . Usrah adalah salah satu sunnah Nabi kita tau . 

Baru-baru ni , kami ada buat usrah di tepi Pantai Tok Jembal , Terengganu .
Pengisiannya tentang bulan Ramadhan .
Banyak manfaat yang dapat daripada fikrah orang yang hebat ni .
Pengisian dibuat oleh ustazah Nor Salimah .
Beliau salah seorang pensyarah di UniSZA juga .

Sebenarnya , usrah untuk diri kita amatlah penting untuk memberi "makan" kepada rohani kita
selain daripada solat 5 waktu sehari semalam itu .
Dalamnya , kita dapat berkongsi pelbagai ilmu yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah .



Tengah menunggu sambil tu berkongsi-kongsi 
ilmu untuk jawab forum bahasa arab


Subahanallah , cantik pemandangan lautNYA .


Mulakan usrah dengan bacaan ma'thurat .


Ustazah Nor Salimah


Seusai majlis ilmu , kami bergambar kenangan 

Terima Kasih kepada Allah kerana pertemukan kami dalam medan dakwah . 


Imam al-Syafi'i :
"Mengembaralah dengan meninggalkan negeri-negerimu untuk mencari kemuliaan. dan bermusafirlah kerana terdapat lima faedah bermusafir iaitu menghilangkan kedukaan , mencari rezeki , faedah ilmu , faedah adab dan menemani orang yang mulia.."

Ramadhan Kareem .. !!


السلام عليكم ورحمة الله وباركاته

Alhamdulillah , berkesempatan juga buat saya untuk mencoretkan sesuatu di dalam blog ini .
Memandangkan Ramadhan bakal tiba dalam beberapa jam ini ,
ingin saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan .
Jadikan bulan Ramadhan ini sebagai bonus pahala untuk kita .
Lalui mujahadah Ramadhan ini dengan memperbanyakkan amalan-amalan yang bermanfaat
buat bekalan kita untuk di akhirat kelak .
InsyaAllah . Semoga dipermudahkan . 



Friday, 6 July 2012

Apabila Fitrah Datang Menerpa


  Aku adalah seorang wanita
Penuh dengan perasaan kurniaan Ilahi
Penuh dengan cinta
Penuh dengan sebuah harapan

Tentunya apabila mengenali seorang yang bernama ikhwah
Apatah lagi yang masih belum berpunya
Hebat pula dimata dakwah
Gah dalam berkata-kata
Hebat dalam penulisannya
Itu sudah cukup untuk menarik perhatianku

Tetapi fitrah ini perlu disusun dan dijaga
Disusun dengan keimanan
Dijaga dengan ketaqwaan kepada Ilahi
Aku tidak mahu syaitan menghasuti fitrah ini kearah keburukan
Mujur lembaran wahyu menunjuk cara

Aku tidak mahu dianggap manusia yang mudah tergoda
Hati ini aku pegang erat dengan istigfar
Agar ia tidak mudah cair dengan perkara-perkara yang melalaikan cintaku kepada Allah

Sedarlah Wahai Hati!!

Hebatnya bukan pada kepetahan dan penulisannya
Tetapi pada juzuk kehidupannya
Dia adalah muslimin cerminan Al-Quran
Lambang seorang muslim yang lengkap dengan muwasafat tarbiyahnya

Aku seorang wanita seperti kalian yang punya fitrah untuk dirasai

Aku yang hanya bisa meletakkan harapan
Dan ku gencarkan doa kepada Ilahi
Memohon hadirkan pendamping diri 
Untuk mendekatkan lagi kepada Ilahi

Tidak salah berharap apatah lagi berusaha ingin mendapatkannya
Cuma jangan jadikan harapan itu yang melarutkan diri kita pada sebuah mimpi yang melekakan

Yakini janji Allah ini,

“Dari Ibnu Abbas RA, berkata: Pada suatu hari aku berada di belakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada di hadapan kamu, dan jika engkau memohon maka mohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.

(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)”

Namun sedarlah wahai hati

Yakinlah bahawa Allah tidak akan abaikan kita
Asalkan kita benar-benar menjaga dan memperjuangkan agamaNYA

Kita jaga hak Allah dan Allah akan menjaga hak kita

Moga selepas ini kita lebih fokus dijalan dakwah
Lebih banyak menangis dalam keinsafan
Lebih banyak berdoa dalam amalan soleh
Lebih banyak bergantung kepada Maha Selayaknya
Jodohnya mu akan dinilai olehNYA

Memang susah jika kita memilih untuk bermujahadah
Tetapi diakhir jalan nanti Allah akan beri kemanisan yang tidak terhingga kepada kita
Kerana inilah JALAN MUJAHADAH
Kita sudah memilihnya, maka teruskan melaluinya

Allah ajarkan kita mencintainya dan kekasihnya Nabi Muhammad SAW
Allah juga mengajar kita mencintai dakwahNYA
Dengan izinNYA, masa itu akan tiba

Bila masa itu hadir kita boleh mencintai pasangan kita itu hanya kerana DIA

Semoga Allah Redha..


Saturday, 30 June 2012

Hobiku !!


Assalamualaikum ,

kali ni nak kongsi apa yang telah saya isikan dalam dua hari cuti ni . Ada lah sikitkan . 


















Ni kalau ada waktu kelapangan je . 
Ok , tu je . ^^

Monday, 11 June 2012

Aduhai , Terengganu


Assalamualaikum , 


Sebenarnya tak ada benda nak cerita . Tapi disebabkan tangan ni dah ada atas keyboard saya menaip je la . Hahaha . Hurm , disebabkan saya study di Terengganu , so , perbezaan hari dengan Selangor membuatkan saya silap tengok jadual . Kan 3 negeri iaitu Terengganu , Kelantan dan Kedah hari cuti mereka hari Jumaat , dan Sabtu . Hujung minggu 3 negeri ini adalah Sabtu . Kalau negeri lain kan hujung minggu adalah Ahad . Nak cerita sejarahnya amatlah tidak mampu malam ni . Lain kalilah . Atau ada yang tak sabar tu boleh search sejarah 3 negeri ni . Saya jumpa ni je , kat Sini .

Tengok jadual saya ni . Haha . Mula kuliah
pukul 10 tau . So , pagi tu sesuka hati lorh . (^_^)V

Ok , bubye . Nanti kita cercite lagi . Wassalam . 

Sunday, 10 June 2012

Kehidupanku Sebagai Mahasiswa Bermula



Assalamualaikum , 

Alhamdulillah , Minggu Mesra Siswa(MMS) atau lebih dikenali sebagai minggu orentasi telah pun tamat . Maka , bermulalah tanggungjawabku sebagai mahasiswi di Universiti Sultan Zainal Abidin , Kampus Gong Badak , Terengganu . Pembantupembantu mahasiswa sangatlah baik . Bersih dari suasana regging . Tidak terlalu tension untuk menjalani minggu ni . Mungkin bagi aku sahaja . Manakan tidak , kami terlewat pun masih disuruh atau dipaksa untuk makan . Nak kata kami lewat untuk menghadiri taklimat tak kot sebab kami akan berkumpul seawal 30minit sebelum majlis bermula . 

Ekceli , malam ni malas nak tulis panjang2 . Just roll on to the pictures la . Hee ~

Ni masa malam kebudayaan .


Nak senaman aerobik pagi2 ni . Baru lepas sarapan .

Kita dapat beg . (^_^)V



Pemandangan .


Bersama kawanku dari Maahad Ahamdi juga Nurul .


Pendaftaran di meja akademik .

Tunggu giliran nak naik bas menuju ke masjid UniSZA . Berebut-rebut ni .

Ok , tu dulu ye . Ada lagi cerita . Tapi bukan sekarang . Lain hari ye .
Bubye , wassalam .