Friday 3 August 2012

Mendapat Pengiktirafan


Assalamualaikum ,

Alhamdulillah , hari ini sudah pun 14 Ramadhan 1433H bersamaan 3 Ogos 2012 . Kita sudah pun berada di fasa kedua iaitu fasa maghfirah . Maka , perbanyakkanlah istighfar memohon keampunan ya .

Okey , yang atas tadi tu pendahuluan sebelum masuknya cerita yang sebenar "Mendapat Pengiktirafan" . Hehe , tajuk nak yang gempak je . Ini paling semangat saya nak post tau . Bagi sahabat se"ahmadians" , tolong jangan cemburu . Peace No Baloh !

Semalam , saya merantau ke rumah seorang sahabat saya , Yasirah binti Abdul Hamid di Kampung Nyiur . Dia nilah satu-satunya sahabat Maahad Ahmadi kiteorang yang tinggal nun jauh di Terengganu . Entah macam mana duduk Terengganu , sekolahnya di Negeri Sembilan . Yang kiteorang dapat pergi rumah dia pun sebab saya dan beberapa sahabat yang lain belajar dekat UniSZA . So , bolehlah kan . Hee~

Kiteorang pergi rumah dia naik kereta sewa yang didrive oleh kawan dari maahad ahmadi kiteorang sendiri Hanis Hafiq , boleh kenal dia sebagai drogba dan assistantnya iaitu Helmi si tukang memberitahu ada kereta ke tak kat depan tu , dan kerja2 yang layak dilakukan oleh assistan tersebut . Yang juga disertai oleh datin-datin vok iaitu saya , Nurul Shahirah , dan Siti (bukan sahabat dari Ahmadians tetapi sahabat dari UniSZA) .

Kiteorang bertolak pukul 5.30 . Sebab masing-masing habis kelas pukul 4 . Gerak pun lepas asar . On the way , nak ke rumah Yasirah , kiteorang tak sempat berbuka puasa di rumahnya , tetapi sempat makan dan makan di rumahnya . Kiteorang buka puasa dalam kereta je tau . Dengan rasa beruntung sikit kerana bawak spare kurma buat juadah berbuka , makanlah sebiji setiap sorang . Pukul 8 lebih baru sampai rumah Yasirah . Sebab dicampur dengan sesat lagi . Padahal rumah dia tepi jalan je , tapi corok ke dalam sikit .

Sampai rumah dia , makanan terus dah terhidang . Sambalnya , tempoyaknya , pizzanya . Huh ! Banyak lagi kot . Merangkap assistant paling lapar berbanding drivernya . Okey , roll on to the picca lah !


Muka-muka orang pertama yang jejak rumah Yasirah di Terengganu 

Assistant (berbaju melayu biru) dan driver kami (berkopiah)
:: bukan lakonan , hehe ::


Sebelum balik dapat pula makan ice-cream 




Tengok yang kecik tu , Yasirah 


Dengan ini , kami diiktirafkan sebagai sahabatnya yang pertama datang ke rumah . Free2 dapat tau . Konvoi dari satu Ahmadians bila ? hehe ..

:: Ibtisam walau kana murra ::






4 comments:

  1. 24 Ramadhan 1433H bersamaan 3 Ogos 2012???
    mana mungkin fasa maghfirah pd 24 Ramadhan???

    ReplyDelete
  2. ouh , maaf .. typo .. hihihi .. terima kasih atas teguran .. =)

    ReplyDelete
  3. haha..nasib baik dah betul..excited sangat ea?

    ReplyDelete
  4. hehehe .. mana ada lorh .. silap taip ja .. kalau excited pon sebab jumpa yasirah .. ngeh3

    ReplyDelete