Monday 25 February 2013

Mental State : Examination Mood




Nak update ke tak? Nak update ke tak? Last-last....

UPDATE!!~

Esok ada exam Fiqh Muamalat. Baca pun tak seberapa. Guane nim? Baca last minit, beginilah jadinya. Kabut kepala otak. Pesan kepada diri, macam mana nak jadi pendakwah yang berjaya??!! 

Baru semester dua dah macam ni perangai. *Istighfar bebanyak. 
Macam mana kalau dah semester 3, 4 dan 5 nanti. Tak terkenang pada jasa ibu dan ayah ke? Punyalah diorang susah nak cari duit biaya yuran dan makan aku kat sini. Sepenuhnya diorang yang tanggung. *herrr..marah diri sendiri yang sedang malas.

Pesanan buat diri sendiri dan sahabat-sahabat yang sedang dan bakal menuntut ilmu di mana-mana pusat pengajian di dalam negara mahupun di luar negara. Nak habaq sikit naaa.

1- Kalau pensyarah bagi kerja atau assignment, janganlah sesuka hati nak buat bila. Selagi ada masa kosong, masa tu la gerakkan kerja. 

2- Kalau dah masuk mid-term, memang penuh dengan kuiz dan exam pertengahan semester yang lecturer akan buat. So, lepas je dapat tahu ada exam, terus ulang kaji dan hafal untuk memudahkan otak kita menerima maklumat. Kalau hafal last minit, masa jawab exam memang blur la. Entah apa yang dijawab. 

Kuiz, test, assignment dan segala benda yang ada sebelum Final Exam amatlah penting sebab itu untuk markah carrymark kita. Biasa carrymark per 50 atau 60. Okey! Sebagai contoh, carrymark kita 55/60 dan markah Final Exam kita hanyalah 40markah. Dengan markah carrymark kita yang sebanyak 55/60 tu, masa final exam kita boleh duduk goyang kaki. Tapi, janganlah duduk goyang kaki sangat. Sebab kenapa saya cakap macam tu? Ini salah satu sebabnya:

Korang hanya perlukan 25 markah sahaja lagi untuk cecah Gred A! 
Haaa. Pentingkan bagi siapa nak Dean List (Senarai Dekan). Hehehe.

3- Banyak-banyakkan berdoa kepada Allah supaya Dia bantu kita untuk jawab exam. Tapi, usaha tak ada tak jadi jugakkan. So, shieka and friends usaha dan lepas tu tawakal. 

Shieka ada terbaca satu status yang kawan shieka post di  Facebook tadi. Ekceli, terasa juga. *Siapa terasa ada iman okeh? Huhuhu. Post dia: 

"Takut, resah untuk exam semua orang rasa. Tapi, takut yang berkualiti adalah takut bersama usaha!"

See! Memang sentap la bila dia post macam ni untuk orang yang kurang usaha macam saya. Huh! Taubat itu harus! 



Okey, cukup dan sekian.

1 comment: