Saturday 2 March 2013

Peringatan Kita Bersama.


Assalamualaikum.

Seperti yang kita tahu, malu itu sebahagian cabang daripada iman. Malu itu teramatlah penting bagi setiap manusia, dan sedangkan nabi kita Nabi Muhammad SAW pun ada malunya. Dalam arus kemodenan ini, kita mempunyai pelbagai "aset" yang kita boleh share pasal kehidupan kita. Macam facebook, tweeter(sory, dua ni je yang saya tahu. Heee) dan sebagainya.

Dan sekarang saya rasa saya nak tumpukan kepada gegadis muslimah, termasuklah saya. Siyes! Kita kekadang excited nak share apa yang kita sedang buat, kan?! Hanya melalui gambar saja sudah cukup. Kemudian perlahan-lahan kita upload dan share public dalam facebook. Dan jadilah sebegini di bawah.

Lebih kurang macam mak cik ni buat la kan. Hahaha.

Kan tak molek gi tu. Boleh naik syahwat para muslimin yang tawadhuk lagi beriman tengok. Muka molek doh, tapi ambil gambar mulut muncung serupa ikan todak. Haisshh.. Orang nengok pong nyampoh.

Lagi satu, muslimah yang malu berhadapan dengan lelaki di jalan, tetapi dia tak malu berhadapan dengan lelaki di laman sosial. Itu guane pulop? Haa? Tak faham macam mana?

Okey, gi ni. Seorang muslimah itu bila jumpa lelaki semasa dia berjalan nak pegi kelas ke apa ke, dia sanggup tawaf satu bangunan atau lalu jalan yang jauh untuk tidak bertemu mana-mana lelaki. Tapi, bila di laman sosial dia la yang paling aktif upload gambar di Facebook. Kan sia-sia je malu gi tu.

Perempuan muslimah yang ambil gambar bersama lelaki berdua saja, macam mana pula? Kalau jenis yang macam ini hati-hati kerana ianya boleh menimbulkan fitnah sebagai seorang muslimah pingitan. Ceh! Pingitan katanya. Hehe. Ya, betul sahabat muslimah sekalian. Gambar berdua dengan lelaki boleh menimbulkan fitnah dalam Islam terhadap diri kita. Hatta gambar kita tu, tak ada pun pegang-pegang tangan, usik mengusik atau pelbagai alasan yang akan kita berikan ia tetap akan mengundang fitnah. Jadi, hati-hati kalau kita ada gambar macam ni.

So, gegadis muslimah sekalian.
Malu kita sangat berharga. Susuk tubuh kita dipelihara. Maruah kita dijaga. Malu kita biar dalam iman. Tak mau la terlalu addicted sangat nak upload gambar-gambar di Facebook. Cukup sekadar untuk orang kenali kita siapa. Cukup la letak gambar dekat Profile Picture. Letak macam gambar passport tu ok jugak. Hehehe. Bagi cadangan jep. Gambar reramai tanpa percampuran ajnabi, dan tidak ada lelaki duduk sebelah perempuan atau perempuan duduk sebelah lelaki, itu tidak mengapa. Cuma hati-hati bila gambar itu bercampur ajnabi. Yang mampu saya cakap, MALU DENGAN ALLAH, RASULULLAH DAN ISLAM.

Maaf kepada yang terasa, tapi memang tulis untuk bagi terasa. Ingat! Terasa itu gerakan iman yang menuntut perubahan ke arah kebaikan. Saya tulis ni pun untuk peringatan diri saya juga. Sekurang-kurangnya kalau saya terlupa, saya akan tengok dan baca balik post ni. In syaa Allah.

Komen anda amat diperlukan. Terima kasih. ^_^

Wallahu3alam.

No comments:

Post a Comment