Saturday, 30 June 2012

Hobiku !!


Assalamualaikum ,

kali ni nak kongsi apa yang telah saya isikan dalam dua hari cuti ni . Ada lah sikitkan . 


















Ni kalau ada waktu kelapangan je . 
Ok , tu je . ^^

Monday, 11 June 2012

Aduhai , Terengganu


Assalamualaikum , 


Sebenarnya tak ada benda nak cerita . Tapi disebabkan tangan ni dah ada atas keyboard saya menaip je la . Hahaha . Hurm , disebabkan saya study di Terengganu , so , perbezaan hari dengan Selangor membuatkan saya silap tengok jadual . Kan 3 negeri iaitu Terengganu , Kelantan dan Kedah hari cuti mereka hari Jumaat , dan Sabtu . Hujung minggu 3 negeri ini adalah Sabtu . Kalau negeri lain kan hujung minggu adalah Ahad . Nak cerita sejarahnya amatlah tidak mampu malam ni . Lain kalilah . Atau ada yang tak sabar tu boleh search sejarah 3 negeri ni . Saya jumpa ni je , kat Sini .

Tengok jadual saya ni . Haha . Mula kuliah
pukul 10 tau . So , pagi tu sesuka hati lorh . (^_^)V

Ok , bubye . Nanti kita cercite lagi . Wassalam . 

Sunday, 10 June 2012

Kehidupanku Sebagai Mahasiswa Bermula



Assalamualaikum , 

Alhamdulillah , Minggu Mesra Siswa(MMS) atau lebih dikenali sebagai minggu orentasi telah pun tamat . Maka , bermulalah tanggungjawabku sebagai mahasiswi di Universiti Sultan Zainal Abidin , Kampus Gong Badak , Terengganu . Pembantupembantu mahasiswa sangatlah baik . Bersih dari suasana regging . Tidak terlalu tension untuk menjalani minggu ni . Mungkin bagi aku sahaja . Manakan tidak , kami terlewat pun masih disuruh atau dipaksa untuk makan . Nak kata kami lewat untuk menghadiri taklimat tak kot sebab kami akan berkumpul seawal 30minit sebelum majlis bermula . 

Ekceli , malam ni malas nak tulis panjang2 . Just roll on to the pictures la . Hee ~

Ni masa malam kebudayaan .


Nak senaman aerobik pagi2 ni . Baru lepas sarapan .

Kita dapat beg . (^_^)V



Pemandangan .


Bersama kawanku dari Maahad Ahamdi juga Nurul .


Pendaftaran di meja akademik .

Tunggu giliran nak naik bas menuju ke masjid UniSZA . Berebut-rebut ni .

Ok , tu dulu ye . Ada lagi cerita . Tapi bukan sekarang . Lain hari ye .
Bubye , wassalam .





Tuesday, 29 May 2012

Terkenang Memori Lama


Assalamualaikum ,

Aku yang ditemani oleh cuaca yang sejuk serta suara gagak yang begitu gagah . Dah la ! Malas nak berpuitis sekarang ni . Hehe . Sebenarnya , rindu dengan arwah atuk Sapar . Entahlah . Kenapa tiba-tiba terkenang atuk malam tadi . Wan yang sakit iaitu isteri kepada arwah atuk ada di rumah aku . Semalam aku teman wan tidur di ruang tamu kerana kesian tengok wan tidur sorang-sorang di situ . Tiba-tiba , air mata saku mengalir . Ya Allah , rindu kepada arwah atuk menyergah .

Dulu kat kampung masa umur saya 6 tahun aku tidur di rumah wan sebab masa tu ibu dah nak bersalin . Kenalah pergi hopital kan . Aku yang sedang tidur , terbangun dan menangis sebab mata yang mamai itu tercari-cari ibu tetapi tak dijumpai . Skema pulak ayat ni . Atuk yang tidur dalam bilik pun terus  memujuk aku yang tidur di ruang tamu . Huh ! Ingat mudah nak termakan pujuk . Hee ~ Atuk lari ke bilik semula . Ingatkan penat pujuk aku . Atuk keluar semula dengan membawa selimut . Atuk selimutkan aku sambil berkata , "Ibu tak de la cu . Ibu dengan ayah pergi hospital . Adik dapat adik baru . Esok kita ergi tengok ye . Dah , jangan menangis ." kata atuk yang menggelar aku sebagai adik . Rasa dimanjakan pula . Aku berhenti menangis dan tidur . Mengantuk sangat kot masa tu . Hah ! Lagi satu , mengantuk sangat sebab malam tu tengok cerita hindustan . Cerita Mann ! Sampai sekarang suka tengok cerita tu . Ok , sambung tidur .

Dulu , lepas ibu aku bersalin . Atuk selalu datang rumah melawat kiteorang . Masa tu ayah aku bekerja dekat Sepang . Pagi-pagi lagi ayah keluar sebab jauh tempat kerja dengan rumah . So , atuk la yang rajin menjengah kami sekeluarga . Kalau atuk datang , tak pernah tertinggal untuk atuk bawa ikan sembilang yang dibelinya kat pasar . Tu yang sampai sekarang aku suka makan ikan sembilang . Asal atuk datang je , mesti aku tunggu dekat luar rumah . Kalau atuk lambat sikit  aku tanya ibu "mana atuk , lambat sangat pulak ." Bila terpacul atuk depan rumah bersama motor Kriss biru , aku melompat macam hantu pocong . Hahaha .

Lepas umur adik aku yang lahir tu dah bulan-bulan tah berapa bulan kan . Atuk aku pun dikhabarkan telah meninggal dunia . Aku yang masih kecil dan tak faham apa-apa tu , hanya melihat ibu menangis sahaja . Tapi , disebabkan aku ni budak cepat belajar daripada adegan-adegan pengfileman , aku mulai faham bahawa atuk dah pergi kembali kepada Ilahi . Sampai aku merayu kat ayah nak hantar atuk sampai kubur . Itulah kali pertama dan kali terakhir aku melihat orang dikebumikan .

Lepas pemergian atuk , dah tak de siapa yang nak hantar ikan sembilang pagi-pagi dekat rumah . Kepada readers , mintak sedekahkan Al-Fatihah buat atuk ya . Rasa nak menangis lagi pula . Kita yang hidup ini , mesti teruskan perjalanan kehidupan dunia buat bekalan untuk akhirat nanti . InsyaAllah .


:: cinTakanmuJahadah ::

Friday, 25 May 2012

Selamat Hari Guru , Cikgu Sha !


Assalamualaikum ,


Huh , kenyataan ketika sedang menulis blog serba kekurangan ini . Penat + mengantuk = mahu tidur . Kak Sha tepis jua sebab dah lepas asar . Kan tidak baik tidur selepas asar . Ia akan menyebabkan minda kita lemah . Padahal ada juga tidur lepas asar .

Ok , Kak Sha sambung cerita . Apa yang heboh sangat penat tu .
Ekceli , Kak Sha dijemput oleh mak ude untuk ke tadika bagi menghadiri majlis sambutan hari guru 2012 . Mak ude juga minta kak sha menggantikan mak ude sementara sebab nak jaga wan kak sha yang sedang sakit di hospital . Kak sha dijemput sebab kak sha pernah menjadi cikgu selama 4 bulan di Tadika An-Nur Boleh milik mak ude tu .

Alhamdulillah , setinggi-tinggi kesyukuran . Dalam penat-penat ni , terselit jua keseronokan bersama mereka . Seronok banget ! Ada yang sampai-sampai jumpa kak sha terus cakap , "Cikgu , kenapa cikgu tak datang semalam ." "Eh , cikgu sakit perut ya . Sebab tu tak datang ." Aduhai .. Kepetahan mereka membuat kak sha ketawa . Padahal dah hampir sebulan kak sha berhenti kerana sebulan ini niat kak sha untuk menguruskan segalanya tentang kemasukan Universiti pada awal bulan 6 ini . InsyaAllah . Kak sha melayan saja kerenah mereka yang macam-macam tu .

Pada awal pagi kak sha yang ditemani 2 orang cikgu , Eizaty dan Kak Siti serta Cik Lin merangkap tukang masak di tadika , kami hanya menari , menghias kelas (letak belon sana sini) , menyediakan juadah (para murid bawa , cikgu-cikgu tukang merasa . ^_^ ) , membuat kad Hari Guru . Huh ! Tiba masa makan , cikgu-cikgu yang lapar . Sambil menyediakan juadah , ngap(makan) sikit . Lapar la kata , kan !

Lepas makan-makan . Cikgu-cikgu sediakan satu permainan . Cikgu yang sediakan permainan tau ! Hehehe . Bagus betul jadi cikgu tadika ni . Ok , kiteorang sediakan permainan bawa bola pimpong dalam sudu dan bola beracun yang disertakan denda . Huaa ... Mula operasi denda-denda jahat . Seronok bila tengok diorang ketawa sebab kita pun terikut ketawa . Takkan sedih kot .

Dah , tengok je la serba- serbi gambar yang sempat dirakamkan ni . Apa-apa pun , terima kasih kepada mak ude kerana sudi jemput kak sha . Hari terakhir bersama mereka sebelum "terbang" ke "tempat timba ilmu" .

Masih menunggu lagi .
Menari-nari dulu .
Buat kad hari guru .
Rukiah demam-demam pun join tau !
Rajin dia . 
Bersungguh-sungguh .
Muka berkerut-kerut tu , tengah rebut warna .
Bola beracun . Happy sangat masa ni .
Ni dia dendanya .

"Eh , kau ada colour lebih tak ?"
cikgu Siti dengan cikgu Eizaty yang tolong ikatkan .
mereka tolong tiupkan . Semput !!
Tara !! Hias belon di tangga .
Jemput makan !
Beratur dalam kumpulan sebelum main .

Pemberi semangat .
Gigit sampai patah , Isma ! hahaha .

Banyak lagi gambar . Tapi , takkan nak masukkan semua kan . Penuh satiu page ni nanti . Ni pun rasanya dah penuh . Hehehe . Dok layan je la . Kalau ada yang gian sangat tu , klik pada gambar untuk besarkan . Nak tengok lebih lagi dekat Facebook kak sha di sini la . Terima kasih . Jumpa lain episod !  


Wednesday, 23 May 2012

Ia Hanya Sekuntum Bunga .


Assalamualaikum ,

Duhai sahabat yang dirindui . Ingatkah dikau tentang sekuntum bunga yang engkau ukirkan untukku ? 
Bunga yang engkau ciptakan daripada sehelai kertas , kau hadiahkan kepadaku untuk dijadikan kenangan buat kita bersama . 

Bunga ciptaan seorang sahabat .
Pada 27 April 2010 .

Kenangan itu segar di mindaku walaupun masa itu telah jauh berlalu pergi . 

Aku merindui saat itu . Tidak mungkin ku lupakan . 
Perkenalan kita seawal 2010 itu , mencipta satu ukhwah yang punya berjuta memori suka duka . 
Pahit manismu dikau kongsikan bersamaku . 
Aku pelajari segala ketabahan dan kecekalan hidupmu . 
Mungkin tidak banyak , cuma ku ingin pelajarinya . 
Ah , susahku khabarkan ! Bagaimana pula jika aku berada di pihak engkau , sahabat . 
Sukar untukku bayangkan . 
Allah ciptakanmu untuk mengharungi cubaan dan ujian-NYA seawal usiamu . 
MasyaAllah . Subhanallah .

Ujian yang dihadapi oleh umat Nabi Muhammad SAW punya jalan ceritanya tersendiri .
Allah yang menentukan segalanya . Kita hanya menjalaninya dengan redha .

Ketahuilah sahabat , 
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri , sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita .

Wallahua'alam .

Tatkala Hati Teruji .


Ya Allah , Engkau uji hati yang punya perasaan ini . Tatkala aku ingin mengejar cinta - MU .  
Dengan satu panggilan , perasaanku mula ingin jatuh padanya . 
Aku cuba pertahankan hati ini jua . 
Aku tidak mahu persiakan-MU , Ya Rabb . Tanganku menggeletar . 
Dengan kalimah wahyu-MU , ku cuba pertahankan . 
Ku basahi bibirku dengan istigfar kepada-MU . 
Segala motivasi yang ku terapkan di dada , ku mainkan ia difikiran sebagai penguat hati ini . 
Hasutan mulai mendekati . Ah , jauhi aku wahai Durjana ! 
Jangan kau berani ajar aku mempersiakan cintaNya . 
Aku manusia biasa yang fitrahnya punya perasaan . 
Tetapi jika tidak ku jaga , aku khuatir akan menjadi fitnah . 
Mendorong kepada desakan nafsu . 
Justeru , menolak ku untuk mengikuti budaya berpasangan sebelum akad nikah . 
Maka , bersoraklah si durjana itu keriangan . 
Tidak mungkin ku biarkan . 
Seboleh-bolehnya inginku jauhinya . Belum masanya lagi . 
Cita-citaku , impian ibu bapa dan keluargaku .
Agamaku , bangsaku .
Oh , hati ! Selesaikan tugas itu dahulu .
BIla tiba masanya nanti , kita sama-sama dekatinya .
Kita akan dekatinya suatu hari nanti .
Dengan adanya ikatan yang suci .
Bukan dengan ikuti budaya berpasangan itu . 
Anggaplah panggilan itu sebagai ujian untuk kita lewati liku-liku menuju cintaNYA .
InsyaAllah . Sabar wahai hati dan perasaanku .
Allah tidak akan persiakan-MU .