Friday 25 May 2012

Selamat Hari Guru , Cikgu Sha !


Assalamualaikum ,


Huh , kenyataan ketika sedang menulis blog serba kekurangan ini . Penat + mengantuk = mahu tidur . Kak Sha tepis jua sebab dah lepas asar . Kan tidak baik tidur selepas asar . Ia akan menyebabkan minda kita lemah . Padahal ada juga tidur lepas asar .

Ok , Kak Sha sambung cerita . Apa yang heboh sangat penat tu .
Ekceli , Kak Sha dijemput oleh mak ude untuk ke tadika bagi menghadiri majlis sambutan hari guru 2012 . Mak ude juga minta kak sha menggantikan mak ude sementara sebab nak jaga wan kak sha yang sedang sakit di hospital . Kak sha dijemput sebab kak sha pernah menjadi cikgu selama 4 bulan di Tadika An-Nur Boleh milik mak ude tu .

Alhamdulillah , setinggi-tinggi kesyukuran . Dalam penat-penat ni , terselit jua keseronokan bersama mereka . Seronok banget ! Ada yang sampai-sampai jumpa kak sha terus cakap , "Cikgu , kenapa cikgu tak datang semalam ." "Eh , cikgu sakit perut ya . Sebab tu tak datang ." Aduhai .. Kepetahan mereka membuat kak sha ketawa . Padahal dah hampir sebulan kak sha berhenti kerana sebulan ini niat kak sha untuk menguruskan segalanya tentang kemasukan Universiti pada awal bulan 6 ini . InsyaAllah . Kak sha melayan saja kerenah mereka yang macam-macam tu .

Pada awal pagi kak sha yang ditemani 2 orang cikgu , Eizaty dan Kak Siti serta Cik Lin merangkap tukang masak di tadika , kami hanya menari , menghias kelas (letak belon sana sini) , menyediakan juadah (para murid bawa , cikgu-cikgu tukang merasa . ^_^ ) , membuat kad Hari Guru . Huh ! Tiba masa makan , cikgu-cikgu yang lapar . Sambil menyediakan juadah , ngap(makan) sikit . Lapar la kata , kan !

Lepas makan-makan . Cikgu-cikgu sediakan satu permainan . Cikgu yang sediakan permainan tau ! Hehehe . Bagus betul jadi cikgu tadika ni . Ok , kiteorang sediakan permainan bawa bola pimpong dalam sudu dan bola beracun yang disertakan denda . Huaa ... Mula operasi denda-denda jahat . Seronok bila tengok diorang ketawa sebab kita pun terikut ketawa . Takkan sedih kot .

Dah , tengok je la serba- serbi gambar yang sempat dirakamkan ni . Apa-apa pun , terima kasih kepada mak ude kerana sudi jemput kak sha . Hari terakhir bersama mereka sebelum "terbang" ke "tempat timba ilmu" .

Masih menunggu lagi .
Menari-nari dulu .
Buat kad hari guru .
Rukiah demam-demam pun join tau !
Rajin dia . 
Bersungguh-sungguh .
Muka berkerut-kerut tu , tengah rebut warna .
Bola beracun . Happy sangat masa ni .
Ni dia dendanya .

"Eh , kau ada colour lebih tak ?"
cikgu Siti dengan cikgu Eizaty yang tolong ikatkan .
mereka tolong tiupkan . Semput !!
Tara !! Hias belon di tangga .
Jemput makan !
Beratur dalam kumpulan sebelum main .

Pemberi semangat .
Gigit sampai patah , Isma ! hahaha .

Banyak lagi gambar . Tapi , takkan nak masukkan semua kan . Penuh satiu page ni nanti . Ni pun rasanya dah penuh . Hehehe . Dok layan je la . Kalau ada yang gian sangat tu , klik pada gambar untuk besarkan . Nak tengok lebih lagi dekat Facebook kak sha di sini la . Terima kasih . Jumpa lain episod !  


No comments:

Post a Comment