Monday, 25 February 2013

Mental State : Examination Mood




Nak update ke tak? Nak update ke tak? Last-last....

UPDATE!!~

Esok ada exam Fiqh Muamalat. Baca pun tak seberapa. Guane nim? Baca last minit, beginilah jadinya. Kabut kepala otak. Pesan kepada diri, macam mana nak jadi pendakwah yang berjaya??!! 

Baru semester dua dah macam ni perangai. *Istighfar bebanyak. 
Macam mana kalau dah semester 3, 4 dan 5 nanti. Tak terkenang pada jasa ibu dan ayah ke? Punyalah diorang susah nak cari duit biaya yuran dan makan aku kat sini. Sepenuhnya diorang yang tanggung. *herrr..marah diri sendiri yang sedang malas.

Pesanan buat diri sendiri dan sahabat-sahabat yang sedang dan bakal menuntut ilmu di mana-mana pusat pengajian di dalam negara mahupun di luar negara. Nak habaq sikit naaa.

1- Kalau pensyarah bagi kerja atau assignment, janganlah sesuka hati nak buat bila. Selagi ada masa kosong, masa tu la gerakkan kerja. 

2- Kalau dah masuk mid-term, memang penuh dengan kuiz dan exam pertengahan semester yang lecturer akan buat. So, lepas je dapat tahu ada exam, terus ulang kaji dan hafal untuk memudahkan otak kita menerima maklumat. Kalau hafal last minit, masa jawab exam memang blur la. Entah apa yang dijawab. 

Kuiz, test, assignment dan segala benda yang ada sebelum Final Exam amatlah penting sebab itu untuk markah carrymark kita. Biasa carrymark per 50 atau 60. Okey! Sebagai contoh, carrymark kita 55/60 dan markah Final Exam kita hanyalah 40markah. Dengan markah carrymark kita yang sebanyak 55/60 tu, masa final exam kita boleh duduk goyang kaki. Tapi, janganlah duduk goyang kaki sangat. Sebab kenapa saya cakap macam tu? Ini salah satu sebabnya:

Korang hanya perlukan 25 markah sahaja lagi untuk cecah Gred A! 
Haaa. Pentingkan bagi siapa nak Dean List (Senarai Dekan). Hehehe.

3- Banyak-banyakkan berdoa kepada Allah supaya Dia bantu kita untuk jawab exam. Tapi, usaha tak ada tak jadi jugakkan. So, shieka and friends usaha dan lepas tu tawakal. 

Shieka ada terbaca satu status yang kawan shieka post di  Facebook tadi. Ekceli, terasa juga. *Siapa terasa ada iman okeh? Huhuhu. Post dia: 

"Takut, resah untuk exam semua orang rasa. Tapi, takut yang berkualiti adalah takut bersama usaha!"

See! Memang sentap la bila dia post macam ni untuk orang yang kurang usaha macam saya. Huh! Taubat itu harus! 



Okey, cukup dan sekian.

Sunday, 24 February 2013

Menjaring Keikhlasan


Sejak bila
kau mengeluh resah 
memakai sepatu perjuangan
yang panas membara

Sejak kapan 
kau rasa lelah 
merempuh kezaliman 
menerobos benteng keangkuhan 

Hari ini 
sebuah perjuangan bukan hanya
sekelumit pengorbanan 
andai nyawa jadi taruhan 
bukan jaminan 
memetik ranum kejayaan 

Kau boleh toleh kanan dan kiri
mana letak keikhlasan
adakah tersemat 
di relung kalbu yang paling dalam
atau hanya tergantung 
di lidah tidak bertulang.



Hari ini, Jalan Dakwah yang Aku pilih.

Saturday, 23 February 2013

Baucer Buku 1Malaysia (BB1M)


Assalamualaikum,

Kengkawan, hari ni shieka dapat BB1M yang berharga RM250 dari kerajaan yang baik hati - pujilah sikit bila orang dah bagikan -. Huhuhu. Terima kasih kepada Allah. Haa. Dah dapat ni, macam-macam la nak beli. So, kena buat senarai buku yang nak dibeli. 

Saya sudah, anda bila lagi? Manfaatkan baucer buku tu sebaik-baiknya 
agar bisa menambah pahala yang setimpal kepada pemimpin kita. Hehehe. 


Tunggu la balik rumah baru guna. ^_^

Friday, 22 February 2013

Bila Jiwa Ingin Berpasangan.


Assalamualaikum. 

Lama rasanya tidak melayan diri sebagai blogger. Ceh! Blogger la sangat. Hehehe. Ekceli, buka-buka je blog, tengok-tengok bertambah follower. Terasa pula blogku ada layanan. Huhu. 
Terima kasih kepada para follower. ^_^

Sebenarnya, shieka nak share something. Perkara biasa bila meningkat remaja.
Pelbagai rasa yang akan dialami dan dirasaikan? Tipulah kalau korang pun tak pernah rasa.
Soal-soal perasaan kepada kaum berlainan jenis - lelaki atau perempuan - sememangnya fitrah dan 
membuktikan bahawa kita manusia normal, kan?!~


Sejak minggu-minggu yang lepas, perasaan ni membuak-buak tau. Kalau difikirkan bahaya jugak. 
Sebab takut-takut itu gerakan nafsu. Dalam keadaan yang macam tu, shieka minta pendapat dan nasihat 
daripada sahabat rapat masa sekolah menengah dulu, iaitu Kaq Yus - nama glemer beliau -. Dia nasihatkan supaya istikharah. YA! Kerana cara itu sebaik-baiknya untuk masalah macam ini iaitu banyakkan mengadu dan berdoa kepada Allah.


Shieka ada juga minta nasihat daripada Alang - abang nombo 3 shieka - sebab dah dia yang shieka yakin untuk membuat aduan. Huhuhu~ Kata dia, perkara ni normal bagi budak perempuan bila ada member-member yang lain dah kahwin. Pengaruh uh! Katanya lagi, habiskanlah belajar dulu, kalau ada yang dah masuk meminang, tunang dulu. Lepas habis terus kahwin. Sebelum ni, ibu pun cakap macam ni. Tapi, 
kadang-kadang ibu ada bergurau-gurau pasal mak mertua orang Terengganu la, nak pi jumpa mak mertua la. 
Lagi la jiwa bergelora - lebih kurang macam tu la istilahnya, hehehe - Tambah-tambah pulak, bila senior-senior sangat memberi support supaya shieka kahwin awal. Banyak lagi galakan-galakan daripada luar.


Tak silap, beberapa hari selepas shieka buat istikharah, ada seorang sahabat shieka - coursemate - 
tanya samaada nak kahwin awal ke tak? Gilee tak nak!!~ Hahaha. Pastu, tiba2 dia tanya ada sepupu dia suruh dia carikan seorang perempuan yang lemah lembut untuk dijadikan isteri. Masa tu dalam kepala, "lemah lembut ke aku?" Kekeke. Dia kata ikhwan tu baik, masa atuk dia sakit dia yang jaga, solat jemaah tak tinggal(aset penting), dan bab-bab agama pun baik. Ikhwan tu berumur 20tahun - tua setahun dari shieka - dan dia sedang belajar lagi, diploma medical asistant di Kedah. Bakal doktor!!~


Apa-apa pun shieka tak mahu cepat melatah dalam memilih pasangan hidup ni. 
Ada juga minta pandangan seorang pensyarah soal ni, kalau shieka mahu kahwin masa belajar
pastikan bakal suami tu BUKAN MASIH BELAJAR , dah ada pekerjaan tetap , dan bersedia untuk menanggung pembiayaan universiti shieka. 
Bukan terlalu memilih, tetapi berhati-hati. 


Tentang berkahwin masa muda ini, shieka sudah pasangkan niat dari sekolah menengah lagi. Soal jodoh ini shieka dah serahkan kepada ibu dan ayah. Mereka yang akan memilih. Siapa yang masuk meminang dan terus direct jumpa ibu dan ayah itu yang shieka paling awal pertimbangkan berbanding mereka yang tetiba minta nak dijadikan isteri di laman-laman sosial. Yang itu shieka memohon maaf terlebih awal, DITOLAK!!~ 


Tapi, sememangnya hal-hal sebelum dan selepas berkahwin banyak yang perlu difikirkan. Tambah-tambah lagi, mampukah shieka menanggung 2 tanggungjawab dalam satu masa - sebagai seorang student dan seorang isteri-? Persediaan itu shieka sedang lakukan. Iaitu sedang berusaha menjadi Wanita Solehah sebelum menjadi Isteri Solehah.


Ya, mungkin kita tidak sempat untuk berkahwin kerana kemungkinan kita akan meninggal sebelum itu.
Oleh itu, persiapkanlah diri dengan amalan-amalan soleh. 




Ditulis oleh,

- Budak yang anti couple -. 
  Shieka - 280394 - ^_^ -


Thursday, 27 December 2012

You Are 18+++ Years Old , Be Matured Laa !!~


Assalamualaikum semuanya !

Ekceli , jam sekarang menunjukkan 12.39am. Tak tahulah kenapa hati , tangan dan mata 
yang agak kuyu kini celik tergerak untuk update blog yang agak tergendala ini.
Okey, saya nak masuk isu sikit dan mungkin pendapat saya sendiri.

Tajuk title tu saya dapat daripada mulut sahabat saya kebetulan ketika itu saya
sedang menonton cerita Snow White. Pengumuman, tajuk itu saya renovate sikit 
supaya nampak macam "double WOW" gi tu! Oh, pengaruh Indon punya pasal.

Sekarang!
 Tanya pada diri anda, apa kena mengena post saya kali ini dengan Al-Kisah Snow White?
Dah tanya kan?

Macam ini isunya, masa saya tengah syok tengok cerita Snow White, tiba-tiba ada sahabat tegur gini,
"Ya Salam, tolonglah matured sikit. Macam budak-budak la tengok cerita kartun ni. TAK MATANG!"



Okey, kita fokuskan kepada perkataan TAK MATANG tu.

Apa sebenarnya MATANG ni? 
Bagi lelaki matang mereka selepas khatan, kalau macam itu perempuan kena matang dari baby lagi la? 
Yela, sebab perempuan khatan masa baby lagi.
Kadang-kala, orang nak berfantasi juga. Tapi, tak ada la teruk sangat sampai tak sedar kaki memijak bumi.
Now, kalian boleh check dalam kamus dewan apa itu MATANG. Sekarang saya tak ada kamus dewan.
Dan saya tak buka Wikipedia. Tolong tengokkan, then komen pada post ni pasal matang. =__=

Tentang ini, saya ada pendapat tersendiri bila kita perlu bertindak matang.
Pada pendapat saya.... 
Macam jawab soalan kertas Bahasa Melayu SPM la pulak.

Pada pendapat saya, 
MATANG ini ada pada cara kita berfikir dan bertindak!
okeey , saya repeat.
 BERFIKIR DAN BERTINDAK.
Bukan tengok cerita kartun je , kita dicop TAK MATANG okeh ?



Kalau ada orang cakap macam ini pada korang, senyum kambing je la kat mereka.
Okey , sampai sini saja.




^_^ wasalam ..

Friday, 7 December 2012

Anugerah Kerajaan Langit


Assalamualaikum , 

Dengan ini, pada tarikh 06 Disember 2012 bersamaan 22 Muharam 1434H 
saya sudah pun dinobatkan sebagai MAK CIK!
Ekceli, tak mau anak-anak buah nanti panggil MAK cik.
Macam tak comel pulak. Amik! Nak glemer sangat.

Hurm , bukan glemer sangat pun. Cuma lain dan biasa saja.
I want my "Fruit Daughter" call me UMMI SHAA.
Can I? KEKE. Ngengada ke? Ok je kan. ^_^v

Baiklah , alhamdulillah, dan itulah yang dinamakan sebagai 
Anugerah Kerajaan Langit yang sentiasa Janji Ditepati.
Ok, I am not politican. But, I talked about a fact.

My Fruit Daughter is a cute baby girl.
She is my second brother's daughter. FIRST!

Try speaking London pulak dah.
HEHEHE.

Mengikut kisah ibu, sepatutnya baby ni lahir hujung bulan,
tapi terpaksa dikeluarkan segera sebab baby dah matang dan karung baby tu dah tak muat.
Memanglah karung baby tak muat, maknya kecik molek. HUHU.
So, doktor jalankan kerjanya macam-macamlah kan,
Masukkan air mula dari petang semalam. Target baby keluar malam kelmarin.
Tapi, penentuan segala-galanya ada pada Allah.

Sampai sakit kak ngah dibuatnya. Ibu cerita pun saya dah terasa perit.
Tidak mudah untuk bersalin , dan ada juga orang bersalin yang dimudahkan Allah.

Tapi, kata ibu. Masa itulah kafarah dosa kita.
Ibu lahirkan 7 orang, perit macam mana pun. Ibu kena jalani juga.
Sebab tujuh-tujuh tu Hadiah Allah.

HUHU. Terharu ceq!

And Tara !!
This is my "Fruit Daughter",
SITI MUNAWWARAH BINTI MOHD. NOR FAHMI.



Ayah kata, baby putih dan berambut perang
sebijik macam angah Pami(ayah kepada baby).

Apa-apa pun , TERIMA KASIH YA ALLAH!
Semoga menjadi anak dan muslimah solehah kebanggaan Nabi suatu hari nanti, ya sayang.

Wallahu3alam. ^_^V



Wednesday, 7 November 2012

Bila dah minat , terasa nak dekat .


Assalamualaikum ,

Sory la . Dah hilang idea nak tulis tajuk post ni . Hehe . Ekceli , sejak Amerika kena Taufan Sandy baru-baru ni , angin saya pulak bertukar daripada minat photoshoot kepada nak belajar ber"quiling" . Korang tahu tak apa benda tu ? Haa . Yang tak tahu mai dekat-dekat , yang dah tahu korang skip ja . Opss ! Sori , saya bukan orang Kedah tapi Selangor , okeh ?

Ok , meh la kita pakat mai tahu apa benda tu quiling . Saya pun tak ada la tahu sangat pasal quiling ni . Tapi lepas baca blog ke blog baru saya tahu . Quiling ni salah sau teknik dalam menggulung kertas dan kemudian disusun menjadi sebuah karya yang amat cantik . Nak tengok macam mana jadinya ?



Haa .. Macam ni la jadinya .

Eh , yang ni bukan saya buat , ambil dari blog orang . Hee . Saya baru nak belajar buat . Banyak tengok blog dengan YouTube . Huh ! Segalanya dihujung jarikan . ^_^v . Saya mula minat dan tahu benda ni dari kawan facebook tengok dia buat bisnes dengan ni . Tapi , saya tak ada niat nak buat bisnes quiling ni , just suka-suka . HOBI , mungkin . 

Quiling ni kita boleh hias macam-macam tau . Frame , penanda buku , guestbook , nak buat kad hari jadi , kad kawin pun boleh tau . Meriah gittu ! Nak upload gambar banyak-banyak , line berukband buat "baik" pulak . So , korang boleh tengok-tengok kat sini . Santik-santik ow !



Dan pertama kalinya saya guna style quiling ni . 

Dah , jangan dok pikiaq sangat bentuk apa yang saya cuba buat . Hurm , mula-mula nak buat bunga , tapi malas nak potong-potong itu kertas . Ni la jadinya . Nanti dah ada bahan yang memudahkan kerja , saya buat bunga eh . Hohoho . Nak buatnya tak de la susah sangat . Ceh ! Belagak punya ayat . Tapikan kalau kita banyak kali buat mende alah ni . Sangat seronok korang tau ! Lama-lama cantik lee .

Dah ketagih saya nak buat benda ni . Lebih baik dari ketagih dadah , kan ?! Ok , tu je la eh untuk post ni . Lain kali , kalau saya rajin saya hupdate ini blog . Hee . InsyaAllah .

~ Wasalam ~