Friday, 14 September 2012

Aku Makin Mengertimu


Ku mulai dengan lafaz 
بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ku jadikan
Lafaz pembuka bicara 


Bukan nak berpuitis ni =) . Bukan nak berpantun mahupun bersajak . Cuma nak mencari perumpamaan dalam kehidupan seorang ibu dan ayahku yang bertungkus lumus dalam mencari rezeki Allah dengan ulang-alik dari satu negeri ke negeri lain . Membuatkan saya sedar akan sesuatu perkara . Ibuku seorang yang bekerja sebagai ejen jualan testimoni SNE yakni produk kesihatan . Perkerjaan beliau ini kadang-kadang memerlukan khidmat untuk menemui downline di merata-rata tempat , ada di Johor , Terengganu , Melaka dan mungkin di seluruh negeri yang perlukan khidmatnya dalam penjualan produk yang berkesan dengan izinNYA ini . Tidak kira hari dan masa mahupun cuti sekolah dan hujung minggu , ada saja urusannya .

 Dulu , saya yang kurang memahami kerjaya ibu dan sering merungut kerana ibu sentiasa tiada di rumah . Jika mahu berjalan-jalan pasti ibu tiada . Itu menyedihkanku sebenarnya . Ibuku kadang-kala lewat pulang ke rumah tatkala kami adik-beradik sudahpun tidur . Hati kecil ada juga berkata ingin saja suruh ibu berhenti buat kerja itu . Tetapi ,  apabila kehidupan saya di universiti bermula , digelar pula sebagai student dakwah menambahkan lagi kesedaranku tentang pekerjaan ibu . Setelah saya mempelajari dugaan , cabaran dan pengorbanan dalam ilmu dakwah , saya menganggap kerja ibu itu adalah kerja DAKWAH yang memerlukan khidmatnya untuk merawat sakit umat Nabi SAW .  Menjalankan dakwah perlukan pengorbanan iaitu meninggalkan keluarga demi umat Islam . Umat Islam mesti jaga kesihatan untuk menjadi Muslim yang kuat beribadah kepada Allah . 

Ya ! Saya katakan perkerjaan ibu ini adalah cabang dakwah kerana ibu ingin berkongsi bahawa ada ciptaan Allah yang boleh merawat penyakit yang dihadapi oleh hambaNYA kecuali mati . Saya pernah berkata kepada ibu , "Ibu ni asyik keluar saja , tak ada masa langsung untuk kitaorang pergi jalan-jalan bersama." Ibu kata , "Ibu buat ni untuk masa depan anak-anak ibu juga , bukan untuk ibu seorang . Ibu tak ada nanti , sekurang-kurangnya anak-anak ibu ada kesenangan sikit ." Tidak terlawan kataku kepada ibu . Itu pengorbanan ibu . Ayahku juga menjalankan jualan produk kesihatan itu , tapi hanya lebih masa di rumah saja kerana ayah seorang tukang urut . Kadang-kadang ku melihat kembang di jarinya kerana mengurut . Saya paling sedih tatkala mendengar ayah batuk , selsema dan hanya duduk dan baring . Semoga Allah memberkahimu , ayah ibu . 

Buat ayah dan ibu ,
Hari ini aku perlahan-lahan memahami pekerjaan kalian . Siang malam kalian berjaga kerana pekerjaan itu . Pengorbanan kalian sangat kami hargai . Terima Kasih , ibu ayah . 



Mereka kecintaanku .. 

~ Ibtisam walaukana Murra ~

Wassalam 


Friday, 24 August 2012

Raya Sakan


Assalamualaikum , pembuka bicara .

Alhamdulillah , setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Ilahi . Dengan kurnian dua nikmat yang diberikan iaitu nikmat Islam dan Iman . Kata-kata pendahuluan ni selalu saya dengar masa zaman persekolahan dulu . Masa pentazkirah nak mulakan tazkirahnya . Selalu dengarkan , comfirm tak lupa .

Okey , masuk tajuk utama Raya Sakan , mestilah mood raya kan . Pejam celik pejam celik dah masuk Syawal . Alhamdulillah . Tahun ni saya tetap sambut syawal dengan keluarga di kampung walaupun ketiadaan Wan yang baru saja meninggal dalam bulan Ramadhan baru-baru ni . Alfatihah .

Cerita pasal raya dengan kawan-kawan , itu perkara wajib bila kita bersahabat , kan ! Semalam , kami adakan rombongan ziarah-menziarahi dengan niat silaturrahim . Sahabat-sahabat saya yang lain dah jalan-jalan awal pagi tu tapi saya join tengahari sebab saya dengan keluarga bercuti di Port Dickson . Kan bagus tu . Orang beraya , kita sekeluarga bercuti-cuti Malaysia . Cover malu sikit . Kami naik kereta yang dipandu oleh Faizah . Untung ada orang yang berlesen ni .

Saya bukan nak bicara belaka . Biarkan gambar lebihkan berkata . Nampak sangat malas nak menaip , kan ! 


Jemput makan !

Vroom ! Sila sediakan syahadah sebelum jadi pembonceng
beliau . hehehe . ^^


Sesat sudah ..

Ni kat rumah Hidayah Zainon si tudung merah tu .

Dapat duit laya maa ..

Bersedia nak ke ruma terakhir iaitu Faizah

On The Way ..

Itu pemandu berkaliber kami !

Nak balik dah .. ~_~'

Auchak !






Panjang umur kita bertemu lagi .

Ibtisam walaukana murra .. ~


Friday, 3 August 2012

Mendapat Pengiktirafan


Assalamualaikum ,

Alhamdulillah , hari ini sudah pun 14 Ramadhan 1433H bersamaan 3 Ogos 2012 . Kita sudah pun berada di fasa kedua iaitu fasa maghfirah . Maka , perbanyakkanlah istighfar memohon keampunan ya .

Okey , yang atas tadi tu pendahuluan sebelum masuknya cerita yang sebenar "Mendapat Pengiktirafan" . Hehe , tajuk nak yang gempak je . Ini paling semangat saya nak post tau . Bagi sahabat se"ahmadians" , tolong jangan cemburu . Peace No Baloh !

Semalam , saya merantau ke rumah seorang sahabat saya , Yasirah binti Abdul Hamid di Kampung Nyiur . Dia nilah satu-satunya sahabat Maahad Ahmadi kiteorang yang tinggal nun jauh di Terengganu . Entah macam mana duduk Terengganu , sekolahnya di Negeri Sembilan . Yang kiteorang dapat pergi rumah dia pun sebab saya dan beberapa sahabat yang lain belajar dekat UniSZA . So , bolehlah kan . Hee~

Kiteorang pergi rumah dia naik kereta sewa yang didrive oleh kawan dari maahad ahmadi kiteorang sendiri Hanis Hafiq , boleh kenal dia sebagai drogba dan assistantnya iaitu Helmi si tukang memberitahu ada kereta ke tak kat depan tu , dan kerja2 yang layak dilakukan oleh assistan tersebut . Yang juga disertai oleh datin-datin vok iaitu saya , Nurul Shahirah , dan Siti (bukan sahabat dari Ahmadians tetapi sahabat dari UniSZA) .

Kiteorang bertolak pukul 5.30 . Sebab masing-masing habis kelas pukul 4 . Gerak pun lepas asar . On the way , nak ke rumah Yasirah , kiteorang tak sempat berbuka puasa di rumahnya , tetapi sempat makan dan makan di rumahnya . Kiteorang buka puasa dalam kereta je tau . Dengan rasa beruntung sikit kerana bawak spare kurma buat juadah berbuka , makanlah sebiji setiap sorang . Pukul 8 lebih baru sampai rumah Yasirah . Sebab dicampur dengan sesat lagi . Padahal rumah dia tepi jalan je , tapi corok ke dalam sikit .

Sampai rumah dia , makanan terus dah terhidang . Sambalnya , tempoyaknya , pizzanya . Huh ! Banyak lagi kot . Merangkap assistant paling lapar berbanding drivernya . Okey , roll on to the picca lah !


Muka-muka orang pertama yang jejak rumah Yasirah di Terengganu 

Assistant (berbaju melayu biru) dan driver kami (berkopiah)
:: bukan lakonan , hehe ::


Sebelum balik dapat pula makan ice-cream 




Tengok yang kecik tu , Yasirah 


Dengan ini , kami diiktirafkan sebagai sahabatnya yang pertama datang ke rumah . Free2 dapat tau . Konvoi dari satu Ahmadians bila ? hehe ..

:: Ibtisam walau kana murra ::






Tuesday, 24 July 2012

Mahasiswiku Dalam Ramadhan


Assalamualaikum ..

Tajuk di atas rasanya kalian dah tahu yang saya ni seorang mahasiswi . Digelar seorang mahasiswi bukan mudah tau . Ada orang yang tak dapat masuk universiti dan terpaksa menyambung pengajian ke IPTS atau hanya bekerja saja lepas SPM . Maka , bersyukurlah jika kita bergelar mahasiswa atau mahasiswi . Baik , sekarang saya bukan nak cerita lebih lanjut tentang perkataan mahasiswa atau mahasiswi tu . Just take note , BERSYUKUR .

Okey , kehidupanku di Universiti dalam Ramadhan . Itu tajuk sebenar penceritaan dalam post ni . Aktiviti sebelum berbuka . Balik kelas pukul 5 petang , terus ke bilik solat asar . Lepas tu , pergi beli makanan dekat cafe . Jika bertujuan baik lagi , pergilah ke bazar dalam UniSZA ni je . Haa . Sebut pasal lauk , percaya tak saya keluarkan singgit atau dua ringgitt sahaja untuk beli lauk . Tolong percaya . Muka tunjuk simpati ni . Ekceli , saya kongsi lauk dengan sorang member ni . Dia keluar singgit , saya pun keluar singgit . Jimatkan ! Kiteorang buka puasa makan telur dadar belah dua dan sup tauhu beserta kicap sahaja . Kalau ada masalah dalam makanan tu , perut kiteorang akan sakit sama-sama . Haha . Kalau bangun sahur , pukul 5 pagi . Makan nasi yang saya tanak malam tu beserta lauk-pauk lebihan berbuka malam semalam .


Inilah secebis kisah pasal puasaku di UniSZA . Berjauhan dari keluarga membuatkan saya berfikir sejenak terhadap pengeluaran wang ibu dan ayah , skema pula ayat ni . Kalau di rumah , lauk pauk yang terhidang atas meja tu tak rasa pun mahal . Sedap je lalu kat atas jalan raya tekak ni kan . Mana ada perasaan macam ni bila mengadap lauk pauk kat rumah tu .


Okeylah , lain kali kita sharing-sharing lagi but not everything la ye . Hehe ~ 




Ni lauk first Ramadhan . Lepas tu terus taubat sebab mahal .
RM3 kot . Mahal kan ?



# Lepas ni , kami guna RM1 sahaja setiap seorang untuk beli lauk . Jimat membawa berkat !


Ibtisam Walau kana Murra . ^_^




Monday, 23 July 2012

Ketika Cinta Bertasbih


Assalamualaikum 

Malam tadi tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih 
Yang diadaptasikan daripada sebuah novel iaitu novel Ketika Cinta Bertasbih 
ditulis oleh Habiburrahman El-Syirazy

Komen !

Maaf saya katakan..
Kalah kot cerita melayu yang konon-konon nak jadikan Islamik tu
Kata-kata dalam movie tu sangat-sangat terkena dengan hati

Kalau tengok cerita melayu sekarang ni
Yang jadi adik beradik seselambek cium mencium dahi
Sesuka hati salam tangan

Dalam sinetron ni
Tak nampak pula cium-cium tangan
Peluk-peluk walaupun sebagai adik beradik
Kalau dah adik beradik tak peluk cium
pastinya sebagai suami isteri pun tak ada peluk cium

Kalau ada yang nampak diorang peluk cium
Tolong informkan kepada saya
Kot-kot silap pandang pula

Saya suka perbatasan lakonan yang pengarah indonesia ni buat
Syabas kepada penulis novel dan pengarah sinetron ni !

Kalaulah pengarah Malaysia sebegitu

Tak nak cerita panjang
Yang dah besar pun ada yang tak pandai nak fikir panjang
Parah juga tu kan

Cuba readers tengok KCB 1 dan 2
 dan bandingkan dengan cerita Islamik buatan Malaysia
Serius ! Tak boleh kalah punya

Okey , Ibtisam Walaukana Murra .. ^^








Friday, 20 July 2012

Allah Pertemukan Kita


Assalamualaikum

Haa .. sebelum tu , jangan fikir lain tentang tajuk di atas nun .
Hee . Ekceli , nak cerita yang Allah sudah pun pertemukan saya dengan ahli-ahli USRAH di UniSZA ini 
Alhamdulillah . Usrah adalah salah satu sunnah Nabi kita tau . 

Baru-baru ni , kami ada buat usrah di tepi Pantai Tok Jembal , Terengganu .
Pengisiannya tentang bulan Ramadhan .
Banyak manfaat yang dapat daripada fikrah orang yang hebat ni .
Pengisian dibuat oleh ustazah Nor Salimah .
Beliau salah seorang pensyarah di UniSZA juga .

Sebenarnya , usrah untuk diri kita amatlah penting untuk memberi "makan" kepada rohani kita
selain daripada solat 5 waktu sehari semalam itu .
Dalamnya , kita dapat berkongsi pelbagai ilmu yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah .



Tengah menunggu sambil tu berkongsi-kongsi 
ilmu untuk jawab forum bahasa arab


Subahanallah , cantik pemandangan lautNYA .


Mulakan usrah dengan bacaan ma'thurat .


Ustazah Nor Salimah


Seusai majlis ilmu , kami bergambar kenangan 

Terima Kasih kepada Allah kerana pertemukan kami dalam medan dakwah . 


Imam al-Syafi'i :
"Mengembaralah dengan meninggalkan negeri-negerimu untuk mencari kemuliaan. dan bermusafirlah kerana terdapat lima faedah bermusafir iaitu menghilangkan kedukaan , mencari rezeki , faedah ilmu , faedah adab dan menemani orang yang mulia.."

Ramadhan Kareem .. !!


السلام عليكم ورحمة الله وباركاته

Alhamdulillah , berkesempatan juga buat saya untuk mencoretkan sesuatu di dalam blog ini .
Memandangkan Ramadhan bakal tiba dalam beberapa jam ini ,
ingin saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan .
Jadikan bulan Ramadhan ini sebagai bonus pahala untuk kita .
Lalui mujahadah Ramadhan ini dengan memperbanyakkan amalan-amalan yang bermanfaat
buat bekalan kita untuk di akhirat kelak .
InsyaAllah . Semoga dipermudahkan .