Monday 7 May 2012

Ukhwah Yang Terbina.


Baiklah , seperti yang dikatakan. Saya ingin berkongsi tentang perkenalan saya dengan 
dua orang sahabat saya ni Yusra dan Sharifah
----------------------------------------------------------------------------
Dorm saya bersebelahan dorm mereka. Yusra dan sharifah ahli dorm yang sama.
Dorm mereka bersebelahan dengan tandas. Maka kalau saya nak ke tandas saya akan singgah 
dulu di dorm mereka ni. Ekceli, ada kawan saya lagi seorang ni. Raihana!
Saya singgah ke dorm tu pon sebab nak minta Raihana teman ke bilik air. Hee~
Bukan penakut, ok ! 
Erm, kadang-kadang sementara menunggu Raihana saya akan beborak dengan Yusra dan Sharifah.
Mungkin kerana selalu singgah di situ ukhwah kami terjalin dengan akrab.

Selain itu, Yusra dan saya berkerja di bawah satu organisasi. 
Badan Perwakilan Pelajar ataupun Pengawas Sekolah.
Dia bahagian Dewan. Kalau ada function tu, memang kerja dia. Saya bahagian Kebajikan.
Bahagian ubat-ubatan, merawat orang, klinik. Dah sebati !
So, saya dan Yusra ni selalu berinteraksi sesama sendiri.
Tak kisah la kami di bahagian manapun tetapi sifat tolong-menolong tu mesti ada. 
Kan !

Sejak tu, saya suka pergi ke dorm mereka. Studi pun sama-sama. 
Sampai saat nak SPM pun kami tetap bersama.
Kadang-kadang kami juga kongsi masalah masing-masing.
Sahabat kan ! Orang dipercayai. Pasti rahsia pun sanggup dikongsi.
Saya bersahabat dengan mereka kerana mereka selalu ajak saya menunaikan Solat Sunat Dhuha semasa waktu rehat. Itu juga sebab hati kami tertaut dalam tali Ilahi.
InsyaAllah.

Masa dalam musim SPM, pasti ada yang keluarkan modal untuk beli roti gardineer
Tambah-tambah lagi musim hujan dan cuaca pula sejuk, masing-masing cepatlah lapar, kan!
Kalau nak berpuasa pasti ada yang kejutkan untuk bangun bersahur bersama.
Tu kan! Kami sering berkongsi makanan. Nilai ukhwah lebih berharga berbanding modal yang dikeluarkan untuk makanan. Semoga diberkati Ilahi.



-------------------------------------------------------------------------------------
Kita kalau dah bersahabat kerana Allah, sering rasa rindu pentarbiyahan antara satu sama lain.
Rasa ingin diulangi masa yang kian berlalu. Allahu Akbar! Ingin ku coretkan lagi kenangan kita bersama-samamu sahabat. Apakan daya, Dia yang berhak menentukan masa. Susah ingin menemui sahabat seperti kalian. Ukhwah yang terbina ini akan ku jagainya di dalam kotak ukhwah yang dijagai oleh Allah. 

No comments:

Post a Comment