Friday 18 May 2012

Medical Check Up !



Assalamualaikum , hari ni buat medical check up . Alhamdulillah , selesai juga . Sepatutnya semalam(rabu) tapi doktor telefon minta postpone hari khamis(hari ini) . Huh ! pengalaman ? Macam-macam perasaan . Ada doktor suruh panggil pesakit seterusnya la . Ceh ! Jadi nurse sementara di situ . Hee ~ Terpaksa buat check up tekanan darah semula sebab tekanan darah saya tinggi . Perasaan masa tu hanya Allah saja yang tahu . Tapi mampu bergelak ketawa masa keluar bilik doktor tu . 

doktor : eh , tekanan darah kamu tak normal ni .. tinggi sangat ni .. ada darah tinggi ke ? tak kena dengan usia kamu lak ni ..

saya : err ... tak normal macam mana tu doktor ?


doktor : pergi check balik takut-takut ada tiroid (sambil check nadi) .. nadi kamu pun laju ni .. kamu gemuruh ke ?

Normal la tu kan . Hehe .



Pergi masuk bilik 3 (bilik check tekanan darah) . Doktor tu bagi rest 10minit . Borak-borak macam biasa . Then , baru dia check . "Ok , baru turun . Normal . Gemuruh je tadi ni . Jarang jumpa doktor ya ?" doktor kata . Hurm .. Memang jarang saya jumpa doktor pun . Teruk sangat kot gemuruh saya tadi . Apa-apa pun bersyukur sangat dah selesai buat medical check up . Tinggal nak selesaikan segala-gala salinan sijil untuk pengesahan Tuk Penghulu . Moga dipermudahkan Allah  urusan seterusnya . 

- Maassalamah -

No comments:

Post a Comment