Thursday 10 May 2012

Semangatku Kian Membara


Assalamualaikum wbt ....
Ya Allah . Semangat aku untuk memasuki Universiti bertambah-tambah . Membuak-buak ! Mungkin tidak sabar untuk menuntut ilmu Allah . Kadang-kadang dah terbawa-bawa dalam mimpi . Dahsyat ! Meskipun tidak tahu situasi kehidupan di sana bagaimana . Hanya tanggapan positif yang ku perolehi . Subahanallah . Semoga semangat ini tidak luntur di dada ku . Kesungguhan ibu , ayah dan adik beradikku untuk melengkapi keperluanku , membuatkan aku semakin membara untuk memegang sijil "kejayaan" buat mereka . Lebih-lebih lagi ibu dan ayahku . InsyaAllah .

Jejak Cita-Cita ...


Tetapi , dalam menjejaki alam universiti ni , ada yang paling ku takuti . Aku takut terjebak dalam budaya berpasangan , terbuai dalam imaginasi syaitan yang indah dibina oleh si durjana itu . Aku tak nak ! Nauzubillah ! Aku ingin hatiku terpelihara oleh-NYA . Kata-kata motivasi Ustazah Fatimah Syarha di dalam Novel beliau , Cinta High Class akan ku lekatkan dalam kotak fikiran ku . Ku jadikan sebagai penguat semangat dalam menggengam cita-cita . Akan ku tamatkan pembelajaranku sehingga ibu ayahku bangga denganku . Aku ingin membanggakan mereka setelah mereka membanggakan aku sebagai seorang anak . Jauhi aku godaan budaya itu , Ya Rabb !

Jauhi aku daripada ini . .

2 comments: